Awam Kerajaan Warga JAWHAR

SEMINAR WAQAF ANTARABANGSA 2014

929

8 Disember 2014. Kuala Lumpur – Julung pertama kalinya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri bersama 7 penganjur bersama daripada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Universiti Islam Malaysia (UIM) berjaya menganjur Seminar Wakaf Antarabangsa (SWA) 2014 di Hotel Istana , Kuala Lumpur.

SWA 2014 yang bertemakan “Transformasi Pengurusan Wakaf: Pemangkin Kemajuan Sosio ekonomi Ummah” telah menjemput negara-negara yang telah terkenal dari aspek kecemerlangan pengurusan hartanah wakaf seperti Turki, Bosnia, India, Bangladesh, Singapura, Indonesia dan tidak ketinggalan negara Malaysia sendiri. Negara-negara ini telah dikenalpasti memiliki pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang diakui sedunia dalam merancang serta melaksanakan pengurusan hartanah wakaf yang unggul sejak peringkat awal tamadun Islam. Berdasarkan pengalaman negara-negara tersebut, banyak pengetahuan dalam sistem dan pengurusan wakaf yang lebih komprehensif, progresif serta dinamik dapat dipelajari oleh semua peserta yang menghadiri seminar ini yang rata-ratanya merupakan individu dan institusi yang terlibat dalam pengendalian dan pengurusan wakaf.

Objektif seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi informasi, kefahaman dan berkongsi pengalaman mengenai kecemerlangan pengurusan wakaf di peringkat antarabangsa. Ianya telah menjadi platform dalam meningkatkan hubungan dan kerjasama di antara negara-negara yang terlibat berkaitan pengurusan harta wakaf. Sebanyak 14 pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh pakar-pakar pengurusan wakaf daripada dalam dan luar negara seperti Bosnia, Turki, India, Bangladesh, Arab Saudi, Indonesia dan Singapura termasuk Malaysia sendiri daripada JAWHAR, Suruhanjaya Sekuriti, MAIWP, PWS, MAINJ, ANGKASA dan bekas Pegawai UDA Holding Bhd.

147 036 813

Seramai 500 orang peserta telah hadir ke SWA 2014 ini terdiri daripada perbagai Jabatan/Agensi Kerajaan seperti Pejabat Mufti Kerajaan Negeri, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, agensi-agensi agama iaitu Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pengurus Dana Wakaf, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Perbankan serta badan korporat/NGO. Turut hadir sama juga daripada delegasi luar negara seperti Komboja, Filipina, Brunei, Sinpapora dan Indonesia.

Pengisian seminar kali ini juga dimeriahkan dengan pameran produk waqaf daripada penganjur bersama dan sesi lawatan ke Balai Cerap Kompleks Baitulhilal dan Hotel Klana Beach Resort (JAWHAR-MAINS) pada 8 Disember 2014 serta lawatan kerja pada hari keduanya iaitu 9 Disember 2014 ke Menara Imarah Wakaf, Ahmad Dawjee Dadabhoy Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Majlis Perasmian SWA 2014 telah diadakan pada tengahari hari pertama seminar dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR disusuli dengan ucapan perasmian oleh YB. MejarJeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. YB Menteri melalui ucapannya, mengharapkan seminar ini menjadi wadah terbaik bagi setiap negara membentang idea, pengalaman dan berkongsi maklumat antara satu sama lain berhubung pengurusan wakaf serta mampu mentransformasikannya bagi mensejahterakan kehidupan ummah.

431 575

Dalam sesi penutup yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Haji Anan bin C. Mohd Ketua Pengarah JAWHAR telah membacakan 13 resolusi yang telah dicapai sepanjang seminar berlangsung dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih di atas sambutan luar biasa peserta yang sangat teruja dan tekun mengikuti sesi pembentangan kertas kerja sehingga selesai sepanjang 3 hari seminar berlangsung.

265

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top