Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN BAITULMAL KE PPZ-MAIWP

Pada 30 Mac 2015, Bahagian Baitulmal JAWHAR telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Kuala Lumpur. Kunjungan Hormat tersebut diketuai oleh En. Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta para pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR.  Antara tujuan utama Kunjungan Hormat tersebut ialah bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta bertukar-tukar pandangan antara JAWHAR dengan PPZ.

 

Kehadiran pihak JAWHAR telah disambut dan dialu-alukan oleh YBhg. Datuk Hj. Che Mat Che Ali selaku Pengerusi PPZ serta Pihak Pengurusan Tertinggi PPZ. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah mengenai hasil Kajian Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Di Negeri-negeri Seluruh Malaysia, permohonan bagi pengecualian pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dari dikenakan GST, permohonan untuk mendapatkan rebat  zakat perniagaan, isu kutipan zakat melangkaui sempadan negeri dan sebagainya.

 

Di akhir lawatan, rombongan dari JAWHAR telah dibawa melawat sekitar kaunter zakat PPZ serta pameran sekitar Sambutan Jubli Perak, 25 Tahun PPZ (1990-2005). Semoga lawatan ini akan dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam usaha memartabatkan institusi zakat dan Baitulmal di Malaysia, insya-Allah.

The same photo, explaining writemyessay4me.org its significance!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top