index
Untitled Document

Pemakaian baju batik setiap hari KHAMIS diwajibkan kepada semua kakitangan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2008.

AKAN DIADAKAN PADA 10 NOVEMBER 2008 DI DATARAN WAKAF.

PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA DIADAKAN MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN BERTEMPAT DI DATARAN PERDANA, BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA.

 
MENTERI
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN
MERCU TANDA
 
 
 
 
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara....."
 
 
   PENGUNJUNG
 
 
TEKAN PAPAN KEKUNCI '*'
ATAU 'SHIFT+8'UNTUK
KEMBALI KE LAMAN UTAMA
STATISTIK
http://www.jawhar.gov.my

 
  WAKAF
     
 
SOALAN LAZIM
[ Wakaf | Zakat | Mal | Haji]

Haji :

  1. Apakah pengertian Dam?
    Binatang al-An’am seperti unta, lembu, kambing yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menuaikan Haji dan Umrah di atas sebab-sebab tertentu
  2. Apakah tujuan Dam?
    Dam bertujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan rukun hajinya atau rukun umrahnya.
  3. Berapakah bayaran dam untuk Haji Tamattu' yang ditetapkan oleh LTH?
    LTH telah menetapkan Dam untuk Haji Tamattu' iaitu seekor kambing bernilai SR250.00
  4. Bilakah Dam Tamattu’ boleh dilaksanakan?
    Dam Tamattu’ hanya boleh dilaksanakan setelah selesai mengerjakan Umrah Tamattu’ dan penyembelihan dilaksanakan di Tanah Haram Mekkah

  5. Bagaimanakah cara mengerjakan Haji Qiran?
    Terdapat dua(2) cara mengerjakan Haji Qiran :
    • Berniat mengerjakan Haji dan Umrah serentak dalam bulan Haji dengan mengerjakan amalan-amalan Haji sahaja.
    • Berniat mengerjakan Umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf dia berniat mengerjakan Haji.

  6. Sekiranya Hari Tasyrik jatuh pada hari Juma’at, adakah diwajibkan jemaah haji lelaki yang berada di Mina mengerjakan solat Juma’at?
    Tidak boleh, jika dilakukan tidak sah solat Juma’atnya.
  7. Adakah disunatkan jemaah haji yang berada di Mina pada malam 10 Zulhijjah untuk bertakbir hari raya sedangkan mereka belum bertahallul Awwal?
    Tidak disunatkan bertakbir hari raya sebelum bertahallul Awwal.
  8. Apakah kelebihan ziarah Masjid Nabawi?
    Kelebihan ziarah Masjid Nabawai iaitu :
    • Dapat pahala sunat
    • Sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi mendapat gandaan pahala sebanyak 1,000 kali.
    • Melihat kesan sejarah Rasulullah SAW. dan sahabat – sahabatnya memberikan keinsafan serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT.

  9. Apakah hukum seorang jemaah haji menunaikan solat fardu di dalam Masjid nabi setelah melakukan Ziarah Wada’?
    Jemaah haji boleh menunaikan solat fardu di dalam Masjid Nabi sesudah Ziarah Wada’.
  10. Pada kebiasaannya jemaah haji akan berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijjah untuk wukuf, Bermabit di Muzdalifah pada 10 Zulhijjah dan di Mina untuk melontar iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, apakah nama hari yang dikenali dalam Islam?
    Hari–hari yang disebut dalam Islam dimusim haji dikenali seperti berikut :
    • 8 Zulhijjah adalah hari Tarwiyah;
    • 10 Zulhijjah iaitu hari Nahar; dan
    • 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebagai hari Tasyrik

  11. Apakah maksud Tahallul?
    Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.
    Tahallul haji terbagi kepada dua (2)
    • Tahallul Awal

    • Ialah apabila selesai mengerjakan dua dari tiga perkara berikut :
      • Melontar Jamrah al-Aqabah
      • Tawaf rukun dan sa’ie jika sa’ie belum dibuat
      • Bercukur/bergunting

    • Tahallul Thani
    • Ialah apabila selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara yang tersebut di atas maka tidak ada lagi semua pantang larang semasa berihram itu.

[Atas]

Mal :

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Mal?
    • Definisi harta dari segi bahasa
      Mal
      /harta dari segi bahasa ialah setiap barang yang benar-benar dimiliki dan dikawal (hiyazah) oleh seseorang, sama ada barang itu ‘ain ataupun manfaat. Contoh harta ‘ain adalah seperti emas, perak, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Contoh harta manfaat adalah seperti menunggang, memakai dan mendiami rumah. Barang yang tidak dikawal oleh seseorang, tidak dinamakan harta dari segi bahasa. Umpamanya, burung di udara, ikan di dalam air, pokok di hutan dan galian di perut bumi.
    • Definisi harta dari segi istilah
      Sesuatu harta perlu mempunyai 3 unsur iaitu :
      • Boleh dikawal (hiyazah)
        Oleh itu sesuatu barang yang tidak boleh dikawal adalah tidak dianggap sebagai harta. Jadi perkara-perkara maknawi seperti pengetahuan, kesihatan, kemuliaan dan kecerdikan tidaklah dianggap harta sebab ia tidak boleh dikawal (hiyazah). Demikian juga dengan sesuatu yang tidak boleh dikuasai seperti udara bebas, panas matahari dan cahaya bulan.
      • Boleh diambil faedah
        Oleh itu sesuatu yang langsung tidak boleh diambil faedah daripadanya seperti daging bangkai, makanan yang sudah rosak ataupun sesuatu yang boleh diambil manfaat daripadanya, tetapi tidak dianggap manfaat oleh manusia, pada kebiasaannya seperti sebiji gandum atau setitik air ataupun secebis tanah maka ia tidak dianggap harta kerana ia tidak bermanfaat secara persendiriannya.
      • Setiap perkara(barang) yang ada harga(nilai)
        Jika dirosakkan maka orang yang merosakkan itu mestilah membayar ganti rugi. Definisi ini telah dijadikan undang-undang. Jadi makna “harta” pada pandangan undang-undang ialah setiap perkara yang mempunyai nilai harta.
  2. Apakah jenis-jenis harta yang terangkum dalam harta sumber am ini?
    • Harta Pusaka
    • Wasiat
    • Sedekah
    • Derma Perseorangan
    • Wang Riba
    • Insurans
    • Luqatah
      • Barang tercicir yang dijumpai

    • Fidyah
      • Denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan

    • Kifarah
      • Menurut syara’ adalah menutup/menampung dosa yang wujud hasil dari ketelanjuran melanggar sumpah(denda).

    • Hutang Lapuk
      • Hutang yang tidak berbayar kerana sebab-sebab tertentu seperti mati/hilang/bankrap/gila/tidak dituntut oleh pewaris.

    • Hasil Sewaan
      • Pendapatan daripada harta yang disewakan oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada individu/syarikat dan lain-lain.

    • Pelaburan
      • Wang(modal) yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan.

    • Nazar
      • Janji/sumpah untuk melakukan sesuatu perkara dan apabila tercapai hajat, kaul, niat dan perlu membayar(melepaskan, menunaikannya).

    • Lain-lain harta yang berpotensi termasuk dalam skop sumber am.
  3. Adakah Bahagian Mal, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) juga mengendalikan urusan terimaan dan serahan harta sumber am?
    Tidak, Bahagian Mal JAWHAR tidak mengendalikan urusan terimaan dan serahan harta sumber am kerana urusan tersebut adalah dikendalikan oleh pihak Baitulmal atau Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Peranan Bahagian Mal JAWHAR hanya menyelaras segala urusan pentadbiran dan pengurusan Baitulmal di seluruh Malaysia, dan membantu dalam membangunkan harta-harta ini. Justeru, segala urusan terimaan dan serahan harta Mal boleh dirujuk kepada Baitulmal MAIN di setiap negeri masing-masing. Alamat dan nombor telefon Baitulmal MAIN di seluruh Malaysia boleh dirujuk pada laman web JAWHAR.
  4. Apa itu harta pusaka?
    Menurut Kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia (untuk diwarisi oleh keluarganya), dalam bahasa Arab, Pusaka dipanggil Al Irth, Al Wirth atau Al Wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil warisan. Menurut Syara’ harta warisan atau mirath ialah harta benda peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak.
  5. Siapa yang berhak menerima harta pusaka?
    Orang yang berhak menerima harta pusaka dalam Islam disebabkan tiga perkara iaitu :
    • Pertalian Darah
      Atau disebut juga sebagai Qarabah, yakni ahli keluarga yang terdekat.
    • Perkahwinan
      Adalah seorang lelaki dan perempuan menjalinkan perkahwinan yang sah, maka kedua-duanya berhak saling mewarisi. Isteri berhak mendapat pusaka dari suaminya yang meninggal dan sebaliknya, Kerana mereka berhak menjadi pewaris dengan sebab perkahwinan.
    • Wala’
      Adalah kekerabatan yang terjadi kerana seseorang membebaskan seseorang hamba sahaya. Orang yang telah membebaskan hamba akan menjadi wala’ kepada bekas hamba dan berhak mendapatkan harta pusaka daripadanya. Rasulullah bersabda S.A.W bersabda yang artinya; “Hak wala’ itu hanya bagi orang yang telah memerdekakan hamba”(Muttafaq Alaih).

  6. Siapakah orang yang tidak berhak menerima Harta Pusaka?
    Ada tiga golongan yang tidak berhak atau terlarang dari menerima harta pusaka si mati walaupun seseorang itu termasuk dalam Ashabul Mirath atau orang yang berhak menerima pusaka :
    • Pembunuh si Mati
      Jika si mati dibunuh, pembunuhnya tidak berhak menerima harta pusaka daripada orang yang dibunuhnya sekalipun pembunuhnya itu ahli warisnya. Rasulullah bersabda yang erti : “Barangsiapa yang membunuh seseorang, maka si pembunuh itu tidak boleh mewarisinya, walaupun yang mati itu tidak punya ahli waris selain si pembunuhnya, walaupun yang mati itu bapa atau anak kepada si pembunuhnya. Bagi pembunuh tiada ada hak mewarisi “ (H.R. Ahmad)
    • Berlainan Agama
      Jika ahli waris berlainan agama dengan si mati, maka dia terhalang dari mendapatkan harta pusaka si mati. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Muslim” (Muttafaq Alaih)
    • Perhambaan
      Seseorang ahli waris yang menjadi hamba tidak berhak menerima harta pusaka kerana dirinya tidak merdeka, tidak bebas mengurus harta dan diri, bahkan dirinya dan segalanya yang ada padanya adalah milik tuannya. Jadi kalau dia diberikan harta pusaka, harta itu akan menjadi milik tuannya juga.

  7. Siapakah yang dikatakan ahli waris?
    Para ahli waris ialah orang-orang yang berhak ke atas harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia. Para ahli waris adalah 25 orang, 15 terdiri dari pewaris lelaki dan 10 orang pewaris perempuan.
    • Ahli waris dari kalangan lelaki adalah :
      • Anak Lelaki
      • Bapa
      • Suami
      • Cucu lelaki dari garis anak lelaki
      • Datuk, iaitu bapa kepada bapa
      • Saudara lelaki sekandung
      • Saudara lelaki seayah
      • Saudara lelaki seibu
      • Anak saudara lelaki dari saudara lelaki sekandung
      • Anak lelaki dari saudara lelaki seayah
      • Bapa saudara sekandung
      • Saudara lelaki kepada bapa(bapa saudara) yang seayah
      • Sepupu lelaki(anak lelaki kepada bapa saudara yang sekandung)
      • Sepupu lelaki seayah(anak lelaki kepada saudara bapa yang seayah)
      • Orang lelaki yang memerdekakan hamba

    • Ahli waris dari kalangan perempuan adalah:
      • Anak perempuan
      • Cucu perempuan dari anak lelaki
      • Ibu
      • Isteri
      • Saudara (adik-beradik) perempuan sekandung
      • Nenek dari garis ibu
      • Nenek dari sebelah ayah
      • Saudara perempuan seayah
      • Saudara perempuan seibu
      • Perempuan yang memerdekakan hamba

  8. Bagaimanakah prinsip pembahagian harta pusaka dalam Islam?
    Allah berfirman yang ertinya :
    Orang - orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat (1/3 - sepertiga) dan orang - orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat (2/3 - dua pertiga) , sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu ; iaitu bahagian yang telah diwajibkan dan ditentukan oleh Allah) (Q.S An Nisa” ayat 7).
  9. Apakah yang dimaksudkan dengan surat wasiat? Adakah ia perlu dibuat dengan kehadiran peguam atau sekadar menulis surat yang ditandatangani sendiri sudah memadai?
    Seorang manusia boleh meninggalkan wasiat jika dia mahu hartanya dibahagikan dengan cara tertentu. Faraid hanya digunakan sebagai penyelesaian bila tiada pesanan atau wasiat si mati. Surat wasiat sebaiknya dibuat secara sah dengan bertulis di depan pendaftar supaya ia tidak dipertikaikan waris yang tinggal. Bagaimanapun, jika si mati sempat membuat pesanan yang boleh diterima waris, ia sudah termasuk sebagai wasiat. Umpamanya jika si mati pernah berpesan supaya sebahagian harta disedekah atau diwakaf selepas dia mati. Walaupun dia tidak menulis, umum waris pernah mendengar pesanannya dan ia boleh dikira sebagai wasiatnya.
  10. Jika si mati hanya meninggalkan surat (tanpa pengesahan daripada mana-mana peguam atau badan amanah), adakah surat itu boleh dianggap sebagai wasiat?
    Jika si mati meninggalkan surat wasiat tanpa peguam dan warisnya bersetuju menerima itu sebagai wasiat tanpa keraguan, ia boleh dilaksanakan.
  11. Bagaimanakah cara membuat permohonan wasiat?
    Orang ramai boleh berurusan dengan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing ataupun melantik mana-mana agen korporat seperti Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai pembuat dan pelaksana wasiat dengan mengisi borang khas yang telah disediakan oleh majlis / agen tersebut.
  12. Apakah yang dimaksudkan dengan fidyah?
    Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.
  13. Bagaimanakah perkiraan kadar bayaran fidyah?
    Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara samada daripada beras, gandum atau seumpamanya.
  14. Di manakah tempat / kaunter yang membolehkan orang ramai membayar fidyah?
    Fidyah boleh dibayar di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing atau boleh dibayar terus kepada fakir miskin. Misalnya, di Wilayah Persekutuan, bayaran fidyah adalah di Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
  15. Apakah yang terjadi kepada Wang Fidyah selepas dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)?
    Di Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hasil kutipan bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Fidyah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum diagihkan kepada fakir miskin.
  16. Adakah sama perkiraan bayaran fidyah di negeri-negeri?
    Kadar fidyah di setiap negeri adalah berbeza-beza mengikut perkiraan timbangan beras negeri-negeri tersebut. Misalnya, di negeri Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah 900gram bersamaan dengan RM1.10 sehari. Manakala kadar di Wilayah Persekutuan ialah RM1.18 sehari.
  17. Apakah sebab-sebab seseorang itu dikenakan fidyah?
    Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu dikenakan fidyah, iaitu:
    • Orang yang uzur menunaikan puasa wajib (mereka yang sakit tenat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa);
    • Perempuan hamil (yang bimbang keselamatan bayi dalam kandungannya);
    • Ibu yang menyusukan anak (bimbang akan memudaratkan bayinya);
    • Orang yang telah meninggal dunia (hendaklah disempurnakan oleh warisnya);
    • Orang yang melambatkan qada’ puasa sehingga melangkah ke tahun berikutnya.

  18. Apakah maksud Hibah?
    Hibah (pemberian) mencakupi hadiah dan sedekah. Kerana hibah, sedekah, hadiah, dan ‘atiyyah membawa makna yang hampir sama. Jikalau memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, ini dipanggil sedekah. Jikalau menyampaikan sesuatu kepada orang yang dihadiahkan kerana sesuatu penghargaan dan kasih sayang kepadanya, disebut hadiah atau hibah (pemberian). ‘Atiyyah pula ialah pemberian di kala sakit. Hibah di dalam istilah syara’ ialah satu 'aqad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti, kerana dibuat secara sukarela.
  19. Apakah hukum seseorang yang menggunakan wang ‘interest’ atau wang bunga ?
    Hukum menggunakan wang ‘interest’ atau wang bunga yang diberikan oleh pihak bank adalah haram kerana ia adalah wang riba yang wajib diserahkan kepada Baitulmal. Penyimpan tidak boleh membelanjakan wang riba itu sama ada bagi tujuan kebajikan secara umum atau khusus. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imran ayat 130:

    Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

    (Ali-Imran: Ayat 130).


    Oleh itu, untuk menentukan dengan tepat pengagihan atau penggunaan wang riba itu, hendaklah ia diserahkan kepada Baitulmal sesuai dengan sifatnya sebagai pentadbir am harta umat Islam.

[Atas]

Wakaf :

  1. Apakah pengertian wakaf?
    Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).
  2. Bagaimanakah umat Islam boleh mewakafkan harta mereka?
    Sesiapa yang berniat untuk mewakafkan tanah ataupun sebarang harta, bolehlah berhubung terus dengan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi seperti lampiran yang tertera di bawah:-
  3. MAIN
    No. Telefon
    Faksimili
    MAIWP
    03-4047 9444
    03-4044 1440
    MAIS
    03-5514 3600
    03-5512 4042
    MAIJ
    07-2282 999
    07-2238 752
    MAIN PERAK
    05-2548 776
    05-2414 257
    MAIN PP
    04-2260 305
    04-2260 380
    MAIN PAHANG
    09-5165 120
    09-4221 885
    MAIK KELANTAN
    09-7481 512
    09-7444 393
    MAINS
    06-7626 042
    06-7620 648
    MAIK KEDAH
    04-7343 755
    04-7316 634
    MAIM
    06-2849 809
    06-2826 033
    MAIP PERLIS
    04-9794 437
    04-9782 400
    MAIDAM
    09-6252 525
    09-6247 917
    MAIS
    088-267 090
    088-260 246
    MAIS
    082-243 425
    082-258 145

  4. Apakah hikmah wakaf?
    Hikmah-hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf adalah
    • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
    • Mendekatkan diri dengan Allah.
    • Mendapat kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.
    • Berkongsi manfaat di kalangan masyarakat Islam seperti membina masjid dan sekolah untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan.
    • Mengukuhkan perpaduan ummah.

  5. Apakah syarat-syarat wakaf?
    Wakaf hendaklah dibuat secara kekal tanpa dihadkan untuk mana-mana tempoh tertentu. Bagi Wakaf khas, tujuan dan maksud Wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tidak sah Wakaf jika tidak dinyatakan tujuan dan maksudnya. Harta yang telah diwakafkan berkuatkuasa serta-merta, tidak boleh ditarikbalik, tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain sebaliknya, kecuali melalui pelaksanaan wakaf istibdal.
  6. Apakah rukun-rukun wakaf?
    Rukun-rukun wakaf terbahagi 4 perkara

    • Pewakaf (al-waqif)
    • Harta yang diwakafkan (al-mawquf)
    • Penerima manfaat Wakaf (al-mawquf ‘alaih)
    • Pernyataan Wakaf (al-sighah)

  7. Syarat Pewakaf (al-waqif)
    • Seorang yang merdeka, baligh lagi berakal, redha mewakafkan hartanya.
    • Berkelayakan untuk bersedekah harta miliknya.
    • Berkelayakan untuk bersedekah harta miliknya.

  8. Syarat Harta yang diwakafkan (al-mawquf)
    • Harta yang diwakafkan berbentuk objek yang tertentu seperti mewakafkan sebuah rumah. mewakafkan manfaat sesuatu harta tanpa objeknya tidak sah.
    • Harta yang hendak diwakafkan hendaklah milik pewakaf yang memberi manfaat atau faedah dan boleh dipindah milik.
    • Harta yang hendak diwakafkan boleh digunakan selama-lamanya.
    • Penggunaan harta wakaf mestilah diharuskan oleh syarak.

  9. Syarat Penerima manfaat Wakaf (al-mawquf ‘alaih)
    • Penerima khusus sama ada seorang atau lebih
    • Penerima tidak khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir

  10. Syarat Pernyataan Wakaf (al-sighah)
    • Akad ialah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf samada wakaf am atau wakaf khas . Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.
    • Lafaz akad terbahagi dua bahagian
      • Lafaz Soreh
        Lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.
      • Lafaz Kinayah
        Lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.

  11. Bagaimana harta wakaf dapat membangunkan ekonomi ummah?
    Harta wakaf dapat membangunkan ekonomi ummah dengan membangunkan harta-harta Wakaf yang berada di bawah Majlis Agama Islam Negeri, contohnya seperti membangunkan tanah berikut dengan mendirikan projek komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat perniagaan dan juga projek sosial seperti rumah anak yatim dan pusat perlindungan.
  12. Adakah harta wakaf boleh dibangunkan untuk membina masjid, surau dan kubur sahaja ?
    Tidak semestinya harta wakaf dibangunkan dengan masjid, surau dan kubur sahaja. Harta wakaf boleh dikomersialkan dengan membangunkan ruang niaga, pusat perlindungan wanita, membangunkan hotel selagi ia tidakberlawanan dengan hukum syarak.
  13. Apakah dalil yang mengharuskan wakaf?

  14. Firman Allah yang maksudnya kamu tidak sekali-kali tidak mencapai (hakikat), kebajikan dan kebaktian (yang sempurrna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

  15. Apakah objektif Bahagian Wakaf di Jabatan Wakaf Zakat dan Haji?
    Mewujudkan institusi wakaf yang kemas, teratur, seragam, telus dan berkesan mengikut lunas-lunas syarak yang dapat membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam di Malaysia
  16. Bagaimanakah kaedah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dalam membantu Majlis Agama Islam Negeri membangunkan tanah wakaf?
    Melalui penyaluran peruntukan kerajaan persekutuan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dapat merancang, pembangunan, melaksana dan membangunkan tanah Wakaf di semua Majlis Agama Islam Negeri.

[Atas]

Zakat :

  1. Agensi manakah yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal berkaitan Zakat?
    Mengikut Butiran 1, Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal adalah merupakan hal perkara di bawah bidang kuasa negeri. Zakat adalah perkara Hukum Syarak, oleh itu ia berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri iaitu agensi di peringkat negeri.




  2. Bolehkah saya memohon Zakat di JAWHAR?
    MTidak. Agihan Zakat adalah tanggungjawab MAIN. Sebarang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)




  3. Bolehkah Zakat dibayar di JAWHAR?
    JAWHAR tidak memungut wang zakat. Zakat hendaklah dibayar kepada agen / amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri




  4. Apakah fungsi yang boleh dimainkan oleh JAWHAR dalam meningkatkan pengurusan zakat?JAWHAR sebagai agensi persekutuan boleh membantu meningkatkan lagi pengurusan Zakat dengan cara :
    • Merancang dan Melaksanakan Program/Projek Pembangunan Zakat
    • Membangun dan Memperkukuh Institusi Zakat
    • Merancang dan Menyelaras Peraturan/Prosedur Pengurusan Zakat
    • Merancang, Menyelia dan Memantau  Hal Ehwal Zakat
    • Merancang dan menyelaras dan Penyelidikan  Hal  Ehwal Zakat




  5. Apakah yang dilakukan oleh JAWHAR bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewajipan berzakat?
    JAWHAR sedang melaksanakan aktiviti dibawah Gerakan Pemantapan Baitulmal. Antaranya adalah iklan menmpromosi Zakat dan dokumentari mengenai zakat.




  6. Saya bercadang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi samada dalam atau luar negara tetapi saya tidak berkemampuan. Bolehkah saya mendapat bantuan Zakat dari JAWHAR?
    JAWHAR tidak menyediakan sebarang bentuk bantuan kewangan.        Walau bagaimanapun, bantuan pelajaran boleh dipohon daripada MAIN di mana tuan bermastautin

 

[Atas]

 

 

 
 
Laman ini dibangun dan diselenggara oleh BTM JAWHAR
Paparan menarik IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768