Siapakah yang wajib mengeluarkan zakat fitrah dan apakah syarat-syaratnya?
Orang Islam adalah wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri, keluarga dan tanggungannya tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan diri dan tanggungannya pada malam dan hari raya Aidilfitri.
- Hidup dalam sebahagian dari kedua-dua bulan Romadhan dan Syawal umpamanya:
i. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Romadhan dan masih hidup selepas terbenam matahari.
ii. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Romadhan dan bekekalan Islamnya dan
iii. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Romadhan.