Apakah hikmah wakaf?
Hikmah-hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf adalah:
- Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
- Mendekatkan diri dengan Allah.
- Mendapat kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.
- Berkongsi manfaat di kalangan masyarakat Islam seperti membina masjid dan sekolah untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan.
- Mengukuhkan perpaduan ummah.