SESI PERBINCANGAN BERSAMA ASTRO OASIS UNTUK SIRI DOKUMENTARI “IMARAH WAKAF”
Pada 10 Mac 2017 (Jumaat) – JAWHAR telah mengadakan perbincangan bersama pihak produksi dari Astro Oasis Iaitu En. Wan Kamaruddin dan En Azizul serta Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bagi membincangkan Program “Imarah Wakaf” yang dicadangkan untuk disiarkan di kaca tv pada Bulan Ramadhan akan datang. Perbincangan ini juga turut dihadi bersama Ybhg Dato’ Prof. Sudin Haron, CEO YWM serta 4 orang pegawainya.
Siri dokumentari ini dirancang adalah untuk memberikan makluman yang tepat kepada masyarakat malaysia tentang pembangunan institusi wakaf didalam negara. usaha ini juga, adalah amat perlu dengan berganding bahu bersama pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
JAWHAR selaku penyelaras, akan mengadakan mesyuarat bersama MAIN dalam masa yang terdekat supaya dokumentari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.