Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Seminar Wakaf Serantau 2012 Memperkukuh Pengurusan Wakaf Negara

4 Mac 2012, Kuala Lumpur- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Seminar Wakaf Serantau 2012 pada 4 hingga 5 September 2012 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur bertemakan “Instrumen Wakaf : Menjana Pembangunan Ekonomi danTamadun Ummah”.

Penganjuran seminar ini bertujuan menghimpunkan perwakilan daripada negara anggota sidang Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) bagi berkongsi pengalaman negara masing-masing dalam menguruskan harta-harta wakaf. Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan jalinan kerjasama antara negara anggota sidang MABIMS (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura).

Seminar yang disertai seramai 300 orang peserta dari dalam dan luar Negara ini merangkumi peserta luar negara iaitu perwakilan negara anggota sidang MABIMS dan turut dihadiri juga perwakilan negara jiran bukan anggota sidang MABIMS iaitu Filipina dan Kemboja. Manakala peserta dari dalam negara terdiri daripada Pejabat Mufti Kerajaan Negeri, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, agensi-agensi agama iaitu Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pengurus Dana Wakaf, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Perbankan serta badan NGO.

Pengisian seminar kali ini juga meliputi sesi lawatan ke Balai Cerap Kompleks Baitulhilal dan Hotel Klana Beach Resort pada 4 September 2012 dan disusuli dengan sesi lawatan kerja pada hari keduanya iaitu 5 September 2012 ke Menara Imarah Wakaf, Ahmad Dawjee Dadabhoy yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang merupakan salah satu projek usahasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang merupakan pemilik tanah.

Sesi seminar yang berkisarkan pengalaman setiap negara anggota MABIMS dalam menguruskan harta wakaf menjadi medan pembentangan 5 kertas kerja dari negara anggotasi dang MABIMS. Seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama iaitu Yang Mulia Haji Harun bin Haji Junid, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, Pembentangan kertas kerja kedua iaitu Y.Bhg Dato’ Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR yang mewakili Malaysia, sesi pembentangan khas yang bertajuk Towards The Establisment of Awqaf Bank: A Review dari Dr. Hisham Dafterdar dari Bahrain. Pembentang kertas kerja keti gayang mewakili Republik Indonesia iaitu Prof. Dr. Abdul Djamil, Direktur Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam Indonesia. Akhir sekali pembentangan kertas kerja kelima oleh perwakilan Singapura iaitu Saudara Zaini bin Osman, Ketua Pegawai Operasi Warees Investments PTE. LTD.

Pada hari yang sama juga, berlangsung Majlis Perasmian pada tengaharinya dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR disusuli dengan ucapan perasmian oleh YB. Senator MejarJeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Mashitah bt Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta agensi yang terlibat secara langsung dengan pembangunan projek wakaf.

YB Menteri melalui ucapannya, mengharapkan seminar ini menjadi wadah terbaik bagi setiap peserta membentang pengalaman dan berkongsi maklumat antara satu sama lain berhubung pengurusan wakaf serta mampu memberi nafas baru kepada pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan wakaf terutama dalam kalangan negara sidang anggota MABIMS.

 

Dalam sesi penutup yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Haji Anan bin C. Mohd Ketua Pengarah JAWHAR merakamkan ucapan terima kasih atas penyertaan yang amat menggalakkan ini dan mengharapkan agar program seperti ini akan membantu meningkatkan kefahaman masyarakat untuk berwakaf demi meningkatkan martabat ummah. Akhir sekali, setiap pewakilan juga diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan masing-masing.

Although lucy and tuna stay nestled in their further information beds, cara is pulling a!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top