Awam Kerajaan Warga JAWHAR

SEMINAR WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN 2018 DAN PELANCARAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN

Serdang, 11 Oktober 2018Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM), UPMHoldings Sdn. Bhd. dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 dan Majlis Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan bertempat di Dewan Banquet, UPM, Serdang, Selangor.

 

 

 

 

 

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  dan disertai oleh 500 orang peserta terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), pengurus wakaf Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta pengetua institusi pondok/tahfiz/sekolah agama di bawah seliaan kerajaan. Setiap peserta dibekalkan dengan senaskah Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan. Objektif utama penganjuran seminar memberi impak tinggi kepada:

  1. Menyebar luas kesedaran dan kefahaman tadbir urus terbaik wakaf di kalangan pegawai pengurusan wakaf institusi pendidikan agar lebih efisyen, produktif dan telus;
  2. Memperkemas dan menambah baik sistem pengurusan wakaf institusi pendidikan; dan
  3. Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dana wakaf institusi pendidikan.

 

 

 

 

 

Dalam ucapan majlis perasmian, YB Menteri menegaskan bahawa:

 “Islam tidak menentang kekayaan kerana mereka yang kaya inilah yang menjadi penyumbang terbesar dalam program wakaf – Jangan dihimpit pemikiran kononnya Islam tidak mahukan kekayaan, Islam mahu kerana kekayaan menghasilkan sistem sosial ekonomi iaitu harta dalam perniagaan dikembalikan kepada sistem wakaf yang kemudian digunakan untuk umat Islam  – Sedikit kecacatan yang membawa gambaran berlaku penyelewengan, kegagalan dan kelemahan institusi wakaf mengendalikan dana yang besar, maka yang mendapat imej buruk adalah Islam”.

 Pengisian seminar merangkumi sesi pembentangan kertas kerja dan forum.

Pembentangan 1: “Peranan JAWHAR dalam pembangunan wakaf institusi pendidikan” telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR.

Pembentangan 2:  “Pengurusan wakaf institusi pendidikan: Apa penanda aras kita?” telah disampaikan oleh Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah WAZAN, UPM.

Pembentangan 3: “Pengurusan wakaf institusi pendidikan: Tanggungjawab MAIN sebagai pemegang amanah” telah disampaikan oleh Tuan Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor.

 

 

 

 

 

 

Forum: “Hala tuju wakaf institusi pendidikan: Apa peranan kita?” dibarisi oleh pakar wakaf yang

berkaliber iaitu:

Panel 1: YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh bin Jaafar

Ketua Pegawai Eksekutif, UPMHoldings Sdn. Bhd.

Mantan Pengarah Program Transformasi Universiti, Buku Ungu: Penjanaan Pendapatan, Endowmen dan Wakaf

Panel 2: Tuan Haji Fakhruddin bin Abdul Rahman

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Panel 3: Dr. Haji Razali bin Othman

Pengarah WAZAN, UPM

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
Top