Seminar Sempena Bulan Zakat Kebangsaan 2008
Seminar yang telah diadakan dengan konsep pembentangan kertas kerja dan juga sesi soal jawab telah dijayakan oleh dua orang panel iaitu Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Ab. Majid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dengan tajuk “Zakat Pendapatan : Satu Kewajipan atau Pilihan” dan Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Ariffin bin Md. Salleh dari Institut Kajian Zakat (IKAZ),UiTM dengan tajuk “Kefardhuan Zakat dan Kewajipan Cukai : Penghayatan dan Komitmen”. En. Mohd. Gunawan bin Ab.Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan dan Penyelidikan, JAWHAR telah bertindak sebagai moderator.
Y.Bhg. En. Ab. Rahim bin Zakaria, Pengarah Bahagian Zakat yang mewakili Ketua Pengarah JAWHAR telah menyampaikan ucapan aluan sebelum seminar diadakan. Dalam ucapan aluannya beliau memaklumkan bahawa Seminar yang diadakan ini merupakan satu proses untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan dengan Zakat dan kewajipan dalam berzakat.
Seminar ini diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2008 yang pertama kali diadakan. InsyaAllah ianya akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
Tarikh : 29/8/2008
Sumber : Bahagian Zakat
Editor :Bahagian Zakat