Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Seminar Pengurusan Harta Dalam Islam Anjuran Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Dalam Islam dengan tema “Halal atau Haram: Prihatinkah Kita?” pada 17 Oktober 2012 (Rabu) bersamaan 1 Zulhijah 1433 bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Othman bin Hj. Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh Puan Hasnah binti Hj. Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan harta sebagaimana yang dituntut dalam Islam, soal halal dan haram dalam pengurusan harta dan kewangan Islam serta mengetengahkan kepada para peserta tentang kewajipan menggunakan sistem kewangan berlandaskan prinsip Islam serta perbezaannya berbanding sistem konvensional.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan sepanjang seminar ini berlangsung. Kertas kerja pertama yang bertajuk “Prinsip Asas dalam Sistem Kewangan dan Perbankan Islam” telah dibentangkan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin dari International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Kertas kedua pula iaitu “Halal dan Haram dalam Pengurusan Harta” telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Nasir bin Ismail dari Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Manakala kertas ketiga pula bertajuk “Sistem Kewangan Islam: Kewajipan atau Pilihan?” telah dibentangkan oleh YBhg. Dr. Aznan bin Hasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Seramai lebih kurang 300 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada para penjawat awam dari Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan di sekitar Putrajaya, para pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta wakil-wakil agensi berkaitan.

Para peserta telah mengambil peluang bertanyakan soalan dan memohon pandangan daripada para pembentang kertas kerja semasa sesi soal jawab berlangsung untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan topik yang dibincangkan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.41 Subuh 5.51 Syuruk 07.07 Zohor 13.15 Asar 16.22 Maghrib 19.20 Isyak 20.29
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 28 September, 2020 @ 2:56 PM
Top