Awam Kerajaan Warga JAWHAR

SAMBUTAN BULAN ZAKAT KEBANGSAAN 2019 DAN IJTIMA’ PENGGERAK ZAKAT KEBANGSAAN 2019

PUTRAJAYA, 22 Oktober 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya menganjurkan program Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 dan Ijtima’ Penggerak Zakat Kebangsaan 2019 pada 22 Oktober 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Mentari Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA Sepang Selangor. Program ini merupakan anjuran JAWHAR dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia.     

Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan merupakan program tahunan JAWHAR yang dilaksanakan semenjak tahun 2008 lagi dengan tema ‘Penggerak Dinamik : Zakat Diperkasa Rahmah Dirasa’. Program ini  adalah program kali ke-12 melibatkan 300 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai baitulmal, amil dan asnaf zakat, pegawai kerajaan, agensi swasta, bank, media,  institusi pengajian tinggi  awam dan swasta dari seluruh Malaysia.

Program Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 telah dimulakan dengan Sesi Pembentangan 1 dengan tajuk ‘Hala Tuju Lembaga Zakat Negeri Kedah Dalam Pelaksanaan Agihan Berdasarkan Maqasid Syariah dan Sustainable Development Goals (SDGs): Satu Pengalaman’ yang telah disampaikan oleh YBhg. Syeikh Haji Zakaria bin Othman, AMK, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan Sesi Bicara Rahmah Bersama YBrs. Ustaz Md Ghazali bin Ibrahim, Penceramah Duta Rahmah dengan tajuk ‘Zakat : Hidup untuk Memberi dan Bersyukur’.

Seterusnya, Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 12.00 tengah hari. Serentak dengan majlis perasmian ini, turut diadakan Penyampaian Anugerah Zakat Kebangsaan 2019. Pemberian Anugerah Zakat Kebangsaan adalah bagi menghargai jasa dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam urusan zakat.  YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri  telah menyampaikan Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 kepada lapan penerima yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Zakat Kebangsaan iaitu:

  • Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan 2019 (Kategori Akademik) diberikan kepada SS Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor, pencalonan daripada Lembaga Zakat Selangor (MAIS);
  • Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan 2019 (Kategori Usahawan) diberikan kepada Pn. Masliana binti Mohd Sabri, pencalonan daripada Lembaga Zakat Selangor (MAIS);
  • Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan 2019 (Kategori Usahawan Khas) diberikan kepada Encik Abdul Malek bin Zakaria, pencalonan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK);
  • Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 (Kategori Syarikat GLC) diberikan kepada Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. pencalonan daripada Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) ;
  • Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 (Kategori Syarikat Awam Berhad) diberikan kepada Koperasi Serbausaha Makmur Berhad, pencalonan daripada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
  • Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 (Kategori Syarikat Sendirian Berhad) diberikan kepada Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., pencalonan daripada Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) ;
  • Anugerah Inovasi Zakat Terbaik 2019 (Kategori Kutipan) diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS); dan
  • Anugerah Inovasi Zakat Terbaik 2019 (Kategori Agihan) diberikan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Program ini telah berakhir dengan sidang media bersama YB Menteri dan majlis jamuan makan tengah hari. Harapan JAWHAR  agar program ini dapat mempromosikan produk-produk asnaf yang telah disumbangkan oleh sebahagian Majlis Agama Islam Negeri-negeri kepada para peserta dan juga  Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 yang telah dilancarkan  sebagai manifestasi bukti kejayaan hasil usaha yang tidak kenal jemu oleh pihak institusi zakat untuk mentransformasikan golongan asnaf supaya dapat berjaya dan keluar daripada kemiskinan serta menggalakkan masyarakat agar tetap terus menyokong dengan berzakat kepada institusi-institusi  zakat di negara ini.   

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 11 November, 2019 @ 8:43 AM
Top