Awam Kerajaan Warga JAWHAR

SAMBUTAN BULAN ZAKAT KEBANGSAAN 2012

Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012

Putrajaya 4 Disember 2012 – YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Hotel Marriott, Putrajaya. Majlis yang bertemakan ”Agihan Tepat, Zakat Berkat” ini menghimpunkan wakil-wakil seluruh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) yang terlibat dalam pengurusan zakat

Penganjuran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) ini bertujuan memberi satu mesej penting kepada seluruh masyarakat tentang perlunya usaha-usaha pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan dalam memakmurkan lagi kehidupan bermasyarakat di negara ini daripada peringkat Persekutuan sehingga ke peringkat negeri.

BZK 2012 diyakini akan memberi impak kepada masyarakat umum terutamanya golongan yang disasarkan dan diharapkan akan lebih meningkatkan kesedaran umat Islam untuk mengeluarkan zakat bagi membolehkan lebih banyak bantuan dihulurkan kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Tahun ini merupakan tahun ke-4 Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan, sejak pertama kalinya diadakan pada tahun 2008. Sepanjang tempoh tersebut hingga kini, peningkatan kadar jumlah kutipan zakat amat memberangsangkan. Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan sahaja jumlah kutipan pada tahun 2011 telah mencecah sebanyak RM339.9 juta (Laporan Tahunan MAIWP 2011). Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita hari ini semakin sedar tentang peranan dan kewajipan mereka untuk menunaikan zakat.

Beberapa program utama telah difokuskan dalam sambutan kali ini iaitu Ijtima’ Amil Zakat Kebangsaan 2012 yang merupakan program kali kedua diadakan di peringkat kebangsaan bagi menghimpunkan para amil dari seluruh Malaysia merangkumi amil korporat dan bukan korporat (amil zakat fitrah). Program ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan prestasi amil-amil zakat dalam menggerakkan masyarakat ke arah mencapai matlamat yang seiring dengan pembangunan sosio-ekonomi ummah. Selain itu, program ini juga merupakan satu langkah untuk meningkatkan profesionalisme dan kualiti amil zakat masa kini.

Program kedua ialah Khutbah Jumaat. Ia adalah satu medium yang berkesan dalam menyampaikan terus mesej mengenai kepentingan berzakat kepada masyarakat umum terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Justeru, pemilihan tarikh yang bersesuaian agar mesej ini dapat disampaikan kepada jemaah akan diatur agar masyarakat umum dapat memahami niat murni pemerintah yang sentiasa komited memartabatkan agama Islam. Kerjasama MAIN / AMZ dalam membantu meuar-uarkan zakat melalui khutbah Jumaat ini amat diperlukan agar Bulan Zakat Kebangsaan 2012 ini akan dapat dihayati bersama ke seluruh negara melalui siaran langsung khutbah dan sembahyang Jumaat yang diulang siaran pada malamnya.

 

Program ketiga ialah Kempen dan Promosi. Bagi memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat umum, maka dicadangkan program promosi / kempen melalui media cetak dan elektronik diperbanyakkan. Antaranya penyiaran iklan di akhbar harian, televisyen dan radio serta penerbitan artikel di akhbar dan majalah sempena Bulan Zakat Kebangsaan 2012.

Program keempat ialah Konvoi Kembara Zakat . Melalui program ini, pelbagai aktiviti agihan zakat akan dilaksanakan oleh setiap pusat zakat negeri dan MAIN sebagai langkah publisiti dan promosi berkaitan perlaksanaan agihan zakat di negeri masing-masing sempena Bulan Zakat Kebangsaan ini. Konsep yang diketengahkan ialah Ketelusan Agihan Zakat. Ia bermaksud semua program yang dilaksanakan di peringkat negeri haruslah bersifat program agihan zakat dan penyampaian bantuan kepada asnaf yang memerlukan khususnya asnaf Fakir dan asnaf Miskin.

Through the snow anyone can try here as quickly as possible, and im sure my excitement.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top