Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pertemuan YBhg. KP JAWHAR dengan Presiden dan wakil-wakil Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan (MATTA)

Putrajaya, 9 Februari 2012 – Satu pertemuan di antara Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd dengan wakil-wakil dari Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan/ Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR. Seramai tiga orang pegawai dari MATTA yang terdiri daripada Presiden MATTA, Dato’ Mohd Khalid Harun, Encik Mohd Almizat Abu Halip dan Puan Noorzaleha sementara dari JAWHAR terdiri dari Encik Azhan bin Mohd Noh Pengarah Haji, Ustaz Sabaruddin bin Hasan dan juga beberapa orang pegawai dari Bahagian Haji.

 

 

Majlis dimulakan jam 3.00 petang oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dengan mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kesudian pegawai-pegawai MATTA merealisasikan hasrat pertemuan ini. Dalam ucapan aluan beliau telah menyentuh mengenai fokus JAWHAR berkaitan pengurusan haji dan umrah di Malaysia. Menurutnya keperluan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan kerja kedua pihak adalah merupakan suatu tuntutan yang selari dengan gagasan YAB Perdana Menteri yang ingin melihat supaya kepentingan rakyat diutamakan dalam semua bidang bagi menjayakan wawasan negara.

 

Kerjasama yang erat dengan pihak berkaitan seperti MATTA juga merupakan salah satu aspek pelaksanaan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Srategy) yang menjadi icon pentadbiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Dalam konteks ini, peranan MATTA sememangnya diakui  amat penting terutamanya dalam membantu Kerajaan untuk menjadikan industri pelancongan di Malaysia baik dari sudut perkhidmatan inbound atau outbound terus diperkasakan dari semasa ke semasa.  Pihak JAWHAR juga amat mengalu-alukan dan menyambut baik usaha MATTA dalam usaha untuk mewujudkan mekanisme pengurusan umrah yang proaktif, cekap dan berkesan

Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah JAWHAR juga telah memaklumkan beberapa program seperti Seminar Pemantapan Pengurusan Umrah dengan kerjasama Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (BUMITRA) yang merupakan salah satu titik tolak penglibatan JAWHAR dalam pengurusan umrah di Malaysia serta Portal i-Umrah sebagai satu laman khas yang dibangunkan untuk menyampaikan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai panduan kepada masyarakat Islam khususnya bakal-bakal jemaah umrah di negara ini di samping maklumat korporat syarikat, tempoh sah lesen dan pakej-pakej yang ditawarkan.

Di akhir ucapannya, YBhg. Ketua Pengarah JAWHAR menyatakan keseriusan JAWHAR dalam melaksanakan program dan aktiviti bagi memantapkan pengurusan dan pengelolaan aktiviti umrah serta kesediaan Jabatan ini untuk bekerjasama dengan MATTA dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam pengelolaan umrah di negara ini. JAWHAR juga sentiasa terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada semua pihak berkaitan demi penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan ini.

Dalam ucapan balas daripada wakil MATTA, MATTA mengucapkan terima kasih di atas komitmen JAWHAR terhadap hal ehwal pengurusan umrah di negara ini dan kerjasama yang telah diberikan dalam program-program anjuran MATTA sebelum ini. Di samping itu juga, pihak MATTA bersedia untuk bekerjasama dalam apa jua program yang dianjurkan dalam usaha mengenalpasti mekanisme yang terbaik dan progresif ke arah memastikan pengurusan umrah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Pertemuan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada wakil MATTA daripada JAWHAR dan sesi bergambar dengan semua ahli yang terlibat dalam perjumpaan ini.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 6.06 Subuh 6.16 Syuruk 07.25 Zohor 13.28 Asar 16.50 Maghrib 19.25 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 26 Januari, 2021 @ 12:29 PM
Top