Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pusaka dan Wasiat : Merungkai Persoalan (JID BIL.2/2016)

Putrajaya, 20 April 2016 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sekali lagi telah berjaya menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) bagi tahun 2016 bertempat di Auditorium, Kompleks E, Putrajaya. Program ini  merupakan program seminar separuh hari kali  kedua seumpamanya diadakan pada tahun ini yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Anan bin C Mohd Ketua Pengarah JAWHAR. Program JID kali ini yang bertajuk “Pusaka dan Wasiat : Merungkai Persoalan”  telah berjaya menarik perhatian lebih daripada 300 orang peserta dari kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan  di sekitar Putrajaya, wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN).

IMG_3001
YBhg. Ketua Pengarah JAWHAR dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan  belajar ilmu faraid yang merupakan ilmu utama untuk menyelesaikan permasalahan harta pusaka. Fenomena melewat-lewatkan pembahagian dan penyelesaian harta pusaka perlu diubah agar harta pusaka umat Islam yang beku sebanyak 90% daripada keseluruhan RM 60 bilion harta beku di negara ini dapat diselesaikan.

IMG_3014IMG_3026

Seminar JID pada kali ini diadakan dalam bentuk yang berbeza daripada biasa yang mana fokus diberikan kepada membincang dan merungkai persoalan peserta seminar berkaitan harta pusaka dan wasiat. Penceramah jemputan JAWHAR ialah Tn. Hj. Wan Abdul Halim bin Wan Harun yang merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan pakar di bidang ilmu faraid. Para peserta dilihat memberikan  maklumbalas yang sangat baik ketika seminar berlangsung dengan tidak putus-putus mengemukakan persoalan sepanjang sesi perbincangan berlangsung.
IMG_3022
Semoga  program ini dapat menambah kefahaman masyarakat dalam ilmu faraid serta meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk bertindak segera menyelesaikan hal pembahagian harta pusaka setelah berlaku kematian di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka di seluruh Negara.

IMG_3060

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top