Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Program Turun Padang TKSU JPM dan Ketua Pengarah JAWHAR Ke Tapak Projek Hotel Wakaf Kuala Terengganu

Pada petang 15 Oktober 2012 bersamaan 29 Zulkaedah 1433H yang lalu, YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri (TKSU JPM), Puan Hajjah Hasnah binti Haji Salleh bersama-sama Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Datuk Anan bin C. Mohd telah mengadakan aktiviti turun padang melawat tapak projek Hotel Wakaf Kuala Terengganu bagi melihat kemajuan projek tersebut yang masih dalam pembinaan. Turut hadir dalam program tersebut adalah wakil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), JKR Ibu Pejabat dan negeri, Pengarah Wakaf JAWHAR, pihak kontraktor, perunding, arkitek serta pihak-pihak lain yang berkaitan.

Pada hari tersebut juga telah diadakan mesyuarat tapak yang dipengerusikan oleh TKSU JPM bagi membincangkan mengenai status kemajuan projek serta merungkai segala permasalahan yang dihadapi dalam menyiapkan projek berkenaan. Projek ini dijangkakan siap selewat-lewatnya pada penghujung bulan Disember 2012.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top