Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PROGRAM PEMUKIMAN AGENSI-AGENSI HAL EHWAL ISLAM DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.

MELAKA, 1 Oktober 2018 (Isnin) – Pengurusan Tertinggi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR bersama-sama tiga (3) orang pegawai telah menghadiri Program Pemukiman Agensi-Agensi Hal Ehwal Islam di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program yang berlangsung selama dua hari di Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka ini menghimpunkan kesemua 14 agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Program telah dimulakan pada 30 September 2018 dengan sesi ‘Mind Setting’ oleh YB Timbalan Menteri Hajjah Fuziah binti Salleh dan diikuti dengan sesi pembentangan oleh wakil agensi-agensi. Antara perkara yang ditegaskan oleh YB Timbalan Menteri ialah agar konsep rahmatan lil ‘alamin dijelaskan dalam pelaksanaan tugasan berpandukan kerangka maqasid syariah yang dijadikan teras kepada Fiqh Malizi. Hal ini agar Islam dan umatnya tidak lagi dilihat tertutup dan mengancam bangsa dan agama selainnya. Hal ini juga adalah untuk menjadikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin bukan hanya kepada umat Islam tetapi benar-benar meliputi sekalian alam termasuk bukan Islam.

 

 

 

 

 

Sesi seterusnya diteruskan dengan bengkel yang melibatkan semua wakil agensi dengan slot awal adalah ‘ice-breaking’ antara wakil agensi. YB Timbalan Menteri sendiri bertindak fasilitator bagi bengkel yang diadakan secara tidak langsung mengecilkan jurang antara ketua jabatan dan pihak pengurusan tertinggi dan menimbul serta mencambah semangat kerjasama antara agensi. Perbincangan kumpulan diteruskan dengan sesi musyawarah berdasarkan kategori fungsi utama yang telah diberikan. Perbincangan ini mestilah juga berpandukan kepada kerangka Maqasid Syariah sepertimana yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi pada 1 Oktober 2018  kemudiannya di teruskan dengan pembentangan hasil perbincangan berkumpulan sebelum Majlis Perasmian Penutup disampaikan YB Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di JPM.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.40 Subuh 05.50 Syuruk 07.10 Zohor 13.12 Asar 16.335 Maghrib 19.08 Isyak 20.23
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 Disember, 2018 @ 4:10 PM
Top