Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PROGRAM MUNAQASYAH ILMU BIL. 2/2019 : “PENGURUSAN WAKAF PENDIDIKAN”

TERENGGANU, 04 April 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu telah mengadakan program Munaqasyah Ilmu Bil.2/2019 bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu yang  bertemakan “Pengurusan Wakaf  Pendidikan”.

Program Munaqasyah Ilmu Bil. 2/2019 ini telah dirasmikan oleh YBhg Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman dan bilangan peserta yang telah hadir ke Program Munaqasyah Ilmu ini melebihi 600 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah pensyarah university Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pegawai pegawai MAIDAM,  pengurus wakaf Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta pengetua institusi pondok, tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan kerajaan.

Program Munaqasyah Ilmu  ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang Wakaf ini iaitu YBhg. SS Dato’ Dr. Haji Zulkefli bin Haji Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu dan YBhg. Dato’ Wan Ismail bin Wan Yusoh, Pengerusi Jawatanakuasa Kewangan dan pelaburan dana wakaf UniSZA.

Program Munaqasyah Ilmu  ini juga telah  membincangkan topik topik Tadbir Urus dan Pemasaran Wakaf serta Pembangunan Mawquf dan Pengurusan Manfaat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam tentang ibadah berwakaf serta menyebar luas kesedaran dan kefahaman tadbir urus terbaik wakaf di kalangan pegawai pengurusan wakaf  pendidikan agar lebih efisyen, produktif dan telus




Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
Top