Program Ijtimak Pondok Malaysia Kali Ke-2 Tahun 2016 Di Terengganu Darul Iman
Kuala Terengganu, Terengganu, 22 Mei 2016 : JAWHAR Melalui Bahagian Wakaf telah di jemput olehYayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk membentang kertas kerja pada program Ijtimak Ulamak Pondok Malaysia bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program tersebut memfokuskan isu“ Pemantapan Institusi Pondok Melalui Wakaf”.
YBhg Haji Datuk Anan bin C. Mohd Ketua Pengarah, JAWHAR telah diberi penghormatan untuk membentang kertas kerja pada program tersebut bagi mewakili Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, JPM.
Kertas kerja tersebut bertajuk“ Pembangunan Wakaf Menerusi Pendanaan Kerajaan dan Kerjasama Institusi Kewangan dan Korporat dalam Pembangunan Institusi Pondok”.