Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PROGRAM BERSAMA SANTUNI MASYARAKAT (BERSAMA 1.0)

Pendang, 24-25 Disember 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  telah mencipta dimensi baru melalui Program Bersama Santuni Masyarakat (BERSAMA 1.0) di Pondok Chegar, Pendang, Kedah.

Program anjuran bersama JAWHAR, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Bank Islam Malaysia Berhad dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam Perlis, Lembaga Zakat Selangor, turut disertai oleh  Agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR yang turut meninjau tapak pameran-pameran keselamatan jalan raya dan kesihatan yang disertai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta Jabatan dan Agensi kerajaan dan swasta.

 

 

 

 

 

JAWHAR turut menampilkan forum agama melalui platform Forum JAWHAR BERSAMA yang dimoderatorkan oleh Tuan Syeikh Wan Addas bin Wan Abd Hamid, Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Pendang, Kedah. Barisan panel yang mengupas tajuk “Uncang Akhirat” ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, Rektor Kolej Universiti INSANIAH, YBrs. Tuan Haji Sheikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, LZNK dan YBrs. Dr. Sheikh Hazizan bin Mad Desa, Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah.

 

 

 

 

 

 

 

Masyarakat setempat didedahkan dengan fungsi dan peranan JAWHAR, LZNK, YaPEIM dan Yayasan Waqaf Malaysia melalui tayangan video korporat di samping taklimat berkaitan kesedaran penipuan pakej umrah, pengurusan wakaf Negeri Kedah, pembangunan ekonomi umat Islam dan wakaf pelaburan abadi.

 

 

 

 

 

 

Majlis perasmian penutup disampaikan oleh YBhg. Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abdul Halim, Timbalan Yang Dipertua, MAIK. Program berakhir dengan penyerahan bantuan kepada warga emas dan pelajar sekolah

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.36 Subuh 05.46 Syuruk 07.04 Zohor 13.14 Asar 16.30 Maghrib 19.20 Isyak 20.31
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 Mei, 2018 @ 3:55 PM
Top