Piagam Pelanggan
Kami beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai organisasi terunggul dalam memacu kemajuan ummah melalui pengukuhan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji dengan:
- Menyelaras dan melaksanakan program tahunan Jabatan mengenai institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
- Menyelaras dan menerbitkan Jurnal / Buletin / Buku / Manual / Laporan Tahunan dan Kalendar JAWHAR sekurang-kurangnya tiga (3) penerbitan setahun .
- Memastikan aduan serta maklum balas berkaitan JAWHAR dibuat kepada pelanggan tidak melebihi tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan bayaran bil atau tuntutan diproses dan disempurnakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Memastikan laman web JAWHAR beroperasi 99% dalam tempoh sebulan.