Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Perutusan Menteri

dato-seri-jamil-khir

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri. Laman ini merupakan usaha JAWHAR menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti dan kegiatan terkini Jabatan. Melalui laman web ini juga, pengunjung akan dapat mengenal dengan lebih dekat JAWHAR sebagai sebuah organisasi melalui pernyataan visi, misi serta fungsi-fungsi utama Jabatan. Disamping itu, malah tidak kurang pentingnya laman ini juga dibangunkan adalah dengan tujuan untuk membekalkan pengguna dengan maklumat-maklumat asas berkaitan dengan pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji.

JAWHAR adalah sebuah Jabatan baru yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan matlamat untuk memantapkan pengurusan harta-harta umat Islam dalam bentuk wakaf, zakat dan mal. Manakala bagi amalan haji pula JAWHAR memainkan peranan sebagai penasihat kepada Y.B. Menteri bagi perkara-perkara khusus yang memerlukan penelitian sebelum dibuat keputusan untuk dilaksanakan. Kehadiran JAWHAR tidak bertujuan mengambil alih fungsi dan peranan Majlis Agama Islam Negeri mahupun Lembaga Tabung Haji tetapi sebagai pelengkap dan pemangkin kepada usaha memperkasakan lagi isntitusi wakaf, zakat, mal dan haji ke tahap yang terbilang demi faedah ummah.

Kewujudan laman web ini seiring dengan dasar kerajaan elektronik di mana pemberian perkhidmatan dan penyebaran maklumat dilakukan menggunakan IT yang memberikan kelebihan dari segi kepantasan, boleh dicapai pada bila-bila masa dan menjimatkan penggunaan kertas. Usaha gigih warga JAWHAR dalam membangunkan laman web ini diharap mendapat respon yang baik daripada para pengunjung dengan selalu memanfaatkan maklumat yang terkandung di dalamnya. Saya percaya maklumat yang dibekalkan adalah relevan dan mempunyai nilai tambah kepada pelbagai lapisan pengguna yang mengunjungi laman ini. Sekiranya terdapat pandangan dan cadangan untuk menambahbaik lagi laman web ini walau daripada aspek mana sekalipun, saya sangat mengalu-alukannya demi kebaikan bersama pada masa hadapan.

Saya suka menyeru warga JAWHAR supaya terus berusaha meningkatkan tahap penggunan IT dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Penggunaan IT hendaklah sentiasa menjadi teras dalam budaya kerja jabatan agar dasar kerajaaan elektronik menjadi kenyataan.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada JAWHAR kerana telah berjaya membangunkan laman web ini dan syabas juga kepada para pengunjung yang telah memilih untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat dengan menggunakan IT.

Selamat mengunjungi laman web JAWHAR.

Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.20 Maghrib 18.58 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 November, 2017 @ 4:06 PM
Anda Pelawat ke: [wHitCounter]
Top