Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PORTAL SEMAKAN WANG KHAIRAT (DERMA / SEDEKAH)

khairat

Putrajaya, 20 Ogos 2015 – Pelancaran Portal e-Khairat telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 20 Ogos 2015 bersempena dengan Majlis Perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015 bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya.

Pembangunan portal e-Khairat yang dibangunkan secara dalaman oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri ini, antara lain bertujuan bagi menyelaras data secara berpusat berkaitan kebenaran membuat kutipan khairat yang diberikan kepada pihak-pihak yang memungut sedekah di negeri-negeri yang mana mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, aktiviti kutipan khairat perlu mendapat surat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri tersebut.

Portal e-khairat ini adalah satu laman yang boleh dilayari oleh orang awam bagi menyemak dan memudahkan mereka untuk mendapatkan pengesahan kesahihan surat kebenaran/sokongan kutipan khairat yang ditunjukkan oleh pihak-pihak yang memungut sedekah supaya tidak tertipu dan tidak mensia-siakan sumbangan wang yang disedekahkan demi kepentingan agama, namun disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Portal semakan e-khairat ini boleh dilayari di alamat www.jawhar.gov.my/khairat.

khairat

Search for his sratrting site individuality means to him

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top