Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan 2013

zakat-dec

Bermula pada 30 hingga 31 Disember 2013, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) melalui Bahagian Zakat sekali lagi telah berjaya menganjurkan Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan bertempat di Hotel KL International, Kuala Lumpur. Persidangan peringkat kebangsaan selama dua hari ini adalah pengisian lanjutan program Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013 (BZK 2013). Objektifnya ialah untuk mengenalpasti, menyelaras dan menyeragamkan isu-isu nasional berkaitan zakat dan hubungkaitnya dengan sistem percukaian di dalam negara. Persidangan ini telah berjaya mengumpulkan wakil Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan penyertaan seramai hampir 50 orang peserta.

Persidangan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C.Mohd, selaku Ketua Pengarah JAWHAR. Ia bermula dengan pembentangan dan perkongsian maklumat berkaitan Manual Pengurusan Zakat Perbankan yang dibentangkan oleh YBhg. Datuk Syed Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA. Beliau adalah Ketua Pasukan Penyelidik bersama-sama beberapa pakar dan pengamal perbankan yang bertanggungjawab menyedia dan menghasilkan penerbitan Manual Pengurusan ini. Manual ini telah berjaya diterbitkan pada penghujung tahun 2010 dan diterima baik oleh pelbagai pihak terutama pengurusan zakat Majlis Agama Islam Negeri. Tujuan slot ini diadakan ialah sebagai satu kaedah pendidikan zakat kepada para peserta dan bagi menambahkan lagi kefahaman pengamal / pengurus zakat di Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat. Pembentangan ini turut disertai oleh YBrs. Us. Mohd. Nazri bin Chik yang merupakan Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad.

Selain daripada itu, bersesuaian dengan kehadiran dan penyertaan wakil-wakil MAIN, Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat MAIN dan JAWHAR turut diadakan yang telah dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR. Seterusnya persidangan ini diteruskan dengan pembentangan dua kertas kerja iaitu “Sistem Cukai dalam Perspektif Islam” yang telah dibentangkan oleh YBrs. Us. Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Unit Korporat, Lembaga Zakat Selangor, MAIS dan kertas kerja kedua bertajuk “Seksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967” oleh En. Mohd. Taufik Mohd. Ralip dari Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia.

Persidangan ini disusuli pula dengan Forum Soal Jawab Bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dan YBrs. Tn. Hj. Abdul Aziz Abu Bakar, Presiden Persatuan Akauntan Malaysia (MATA) yang memfokuskan perbincangan berkaitan penyelarasan isu-isu zakat dan cukai dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Persidangan telah ditutup secara rasmi oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR yang telah menyeru kepada semua peserta agar meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan pengurusan kutipan dan agihan zakat kepada para pelanggan terutama di kalangan asnaf zakat seperti golongan fakir dan miskin. Beliau juga mengharapkan agar para peserta terutama para pengurus zakat menggandakan usaha melakukan inovasi dan kreativiti masing-masing agar pengurusan dan pentadbirannya standing dengan pengurusan professional yang lain seiring dengan perubahan persekitaran dan perkembangan kemajuan teknologi semasa. Akhir sekali, beliau berharap kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri, Agensi Mengurus Zakat dan JAWHAR akan terus kukuh dan mantap agar usaha memartabatkan zakat dalam arus perdana di dalam negara mencapai objektif dan matlamatnya khususnya dengan adanya penglibatan bersama agensi kerajaan dan NGO seperti Kementerian Kewangan dan Persatuan Akauntan Malaysia (MATA).

Also demonstrates her sense of humor writing, so, best of luck straight from a source to you.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top