Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Persidangan Zakat Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 15 Mac 2006 – Y.B. Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin telah merasmikan Persidangan Zakat Asia Tenggara pada 14 Mac 2006. Beliau yang mewakili Perdana Menteri sebagai perasmi bagi persidangan tersebut berkata Isu kemiskinan perlu ditangani dengan memberi penekanan untuk memperbaiki kualiti hidup golongan fakir dan miskin. Pengurusan dana zakat secara profesional mampu membangunkan sosio ekonomi dan seterusnya memartabatkan ummat Islam. Kerajaan Malaysia hari ini, melalui Pendekatan Islam Hadhari amat komited untuk menangani isu ini. Tema bagi Persidangan Zakat Asia Tenggara ini adalah “Zakat Memartabatkan Kecemerlangan Ummah”.

Objektif persidangan ini menyediakan ruang jalinan hubungan antara organisasi yang terlibat dalam pengurusan zakat, mengenal pasti isu-isu kontemporari zakat serta menyediakan platform kewujudan Dewan Zakat Asia Tenggara.

Sebanyak empat tajuk kertas kerja dibincang dalam persidangan itu, Kebajikan/Dasar Zakat:Prospek Keseragaman Praktis di Asia Tenggara disampaikan Menteri Ugama Republik Indonesia, Prof Haji Maftuh Basumi, Potensi Manfaat Dana Zakat untuk Kepentingan Muslim di Asia Tenggara (Dato’ Seri Setia Awang Haji Metussin Haji Baki, Brunei),Penerangan Budaya Moden Dalam Pengurusan Zakat di Asia Tenggara (Hajah Shamsiah Abdul Karim, Singapura) dan Sinergi Zakat di Asia Tenggara (Profesor Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid, Malaysia. Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Dato’ Dr Ismail Ibrahim akan menyampaikan ucaputama yang bertajuk Zakat Memartabatkan Kecemerlangan Ummah.

Persidangan Zakat Asia Tenggara ini dianjurkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH), Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ, UiTM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP, Dompet Dhuafa Republika, Institut Manajemen Zakat (Indonesia), Majlis Ugama Islam Singapura dan Majlis Agama Islam Brunei Darussalam.

Church and the chewonki community by explaining https://essayclick.net/ how one allowed?

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top