Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PERSIDANGAN SERANTAU FIQH HARTA DAN MASYARAKAT WASATIY (FIHAM) 2017

Pulau Pinang– Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) telah menganjurkan Persidangan Serantau Fiqh Harta dan Masyarakat Wasatiy (FIHAM) 2017 pada 23 dan 24 Ogos 2017 (Rabu & Khamis) bertempat di TH Hotel, Pulau Pinang. Strategi penganjuran bersama ini turut mencerminkan hasrat melaksanakan strategi lautan biru (NBOS) yang melibatkan agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memperkasakan pengurusan fiqh harta dan masyarakat yang wasatiy. Penganjuran FIHAM ini telah disertai oleh lebih kurang 300 orang peserta dari seluruh negara.

Objektif utama penganjuran persidangan ini antaranya adalah membincangkan konsep harta dalam fekah kontemporari pada hari ini dan bagaimanakah masyarakat hari ini boleh memanfaatkannya bagi menjadikan ia lestari dan wasatiy untuk umat manusia pada masa hadapan. Penganjuran persidangan ini turut menyaksikan Pembentangan 58 Kertas Kerja Selari A, B, C dan D. Pembentangan daripada para cendekiawan yang terdiri dari ahli akademik memberikan fokus dan penekanan terhadap Fiqh Harta dan Masyarakat Wasatiy menerusi pelbagai bidang ilmu antaranya Ekonomi, Syariah, Usuluddin, Undang-undang, Pembangunan Insan, Fiqh Harta, Sosio-budaya, Akhlak Islam, Masyarakat Wasatiy, dan Pemikiran Islam.

                                  

 

Persidangan yang berlansung selama dua hari ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia dan agensi-agensi di bawah YB Menteri termasuk Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, Majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) diantara JAWHAR-USM juga turut diadakan sewaktu Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh Pendaftar USM. FIHAM berakhir dengan sesi pembentangan Kertas Kerja Selari D pada jam 4.30 petang.

 

  

 

 

 

 

 

                                                 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.40 Subuh 05.50 Syuruk 07.05 Zohor 13.13 Asar 16.13 Maghrib 19.16 Isyak 20.25
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2017 @ 4:00 PM
Anda Pelawat ke: [wHitCounter]
Top