Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PERSIDANGAN PENYELARASAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI – NEGERI (PPBM)

Pada 31 Januari 2012 yang lalu, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Persidangan Penyelarasan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri – Negeri (PPBM) bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Persidangan Penyelarasan Baitulmal MAIN tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana iaitu YB Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan turut serta ke PPBM tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim. Persidangan ini  dianjurkan bertujuan untuk membincangkan serta membuat penyelarasan terhadap isu-isu berkaitan baitulmal yang merupakan bidang teras JAWHAR.

 

Persidangan ini telah dihadiri seramai hampir 45 orang peserta terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) negeri-negeri. Persidangan ini memberi peluang kepada para peserta mengemukakan kertas kerja dan cadangan untuk penambahbaikan proses penyelarasan Baitulmal setiap negeri. PPBM ini merupakan medium paling sesuai untuk memantapkan lagi pengurusan Baitulmal di peringkat negeri melalui perkongsian idea dan penyelarasan yang sewajarnya.  

 

Antara pembentangan kertas kerja yang dikemukakan dalam PPBM adalah seperti berikut: 

 

# Mekanisma Pembangunan Hartanah Wakaf Di Masa Hadapan;

# Kajian Pelan Induk Pembangunan Wakaf Negara;

# Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor;

# Saham Wakaf Johor;

# Pengurusan Wasiat Orang Islam;

# Pengurusan Pungutan Khairat (Sedekah/Derma)

# Cadangan Penyaluran Wang Tak Dituntut Milik Umat Islam Ke Baitulmal;

# Keperluan Keberkesanan Komunikasi Dalam Pengurusan Zakat;

# Laporan Pelaksanaan Projek Pembangunan Hartanah Wakaf Jawhar Di Bawah RMKe-9 Dan 1st Rolling Plan RMKe-10 Tahun 2011-2012; dan

# Pelaksanaan Program Penempatan Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan Anak/Asnaf Zakat (3P) Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).

Interests and talents within the broader framing of a justbuyessay.com group?

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 September, 2021 @ 4:10 PM
Top