Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Ke-82

Kuala Lumpur 16 Mac 2010 – YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini menangguhkan Majlis Penutup Persidangan Ketua-ketua Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Ke-82 anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Jabatan Kemajuan Islam Islam Malaysia (JAKIM) di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM. Keanggotaan PKJ terdiri daripada semua Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/ MAIN), Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM dan wakil beberapa agensi.

Lazimnya, PKJ ini diadakan dengan kekerapan tiga (3) kali setahun oleh negeri-negeri secara bergilir-gilir. Penganjuran secara bergilir-gilir adalah bagi membuka peluang kepada pihak pelaksana pengurusan hal ehwal agama Islam di seluruh negeri (ahli Persidangan) untuk berbincang secara dua hala dan terbuka dengan pihak pentadbir hal ehwal agama Islam di peringkat Persekutuan dan juga negeri Tuan Rumah di samping dapat melihat dan mempelajari kemajuan yang dicapai di negeri yang berkenaan. PKJ yang terakhir telah diadakan pada 8-10 November 2009 di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Terengganu dan merupakan persidangan kali ke-81. Sebanyak 12 kertas pembentangan telah dibentang dan dibahaskan dalam persidangan kali ini.

Persidangan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh 64 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi agama di peringkat pusat serta semua Pengarah Jabatan dan YDP Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.

Fungsi persidangan ini adalah seperti berikut:

i.        membincang dan menimbangkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam di peringkat kebangsaan dan negeri-negeri dengan tujuan menggalakkan kerjasama serta menyelaraskan perundangan, pentadbiran dan kegiatan Jabatan/ Majlis Agama Islam;

ii.        membincang dan menimbangkan apa-apa perkara yang boleh memberi faedah atau melindungi umat Islam; dan

iii.        membincang dan menimbangkan apa-apa perkara keagamaan untuk dikemukakan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) atau lain-lain pihak yang berkenaan untuk mendapat keputusan dan kerjasama.

JAWHAR telah mencatat sejarah negara kerana menjadi agensi Islam pertama yang dianugerahkan MS 1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti : Keperluan Daripada Perspektif Islam. Oleh yang demikian, kejayaan JAWHAR ini diharapkan menjadi contoh kepada agensi-agensi Islam yang lain sewajarnya. Majlis penganugerahan  telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Long, Pengurus Besar Kanan, Pusat Pengurusan dan Penyelidikan Standard, SIRIM Berhad dan disaksikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Di samping itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah merangka satu modul pengajian peringkat diploma iaitu Diploma Pengurusan Islam (DPI) yang bertujuan untuk meningkatkan sistem bina insan dalam perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI). Diploma tersebut terbahagi kepada dua iaitu Modul Dalaman dan Modul Luaran. Modul Dalaman menekankan aktiviti blended learning yang merangkumi ceramah, latihan dalam kumpulan, amali dan ujian kecerdasan minda bagi mensimulasikan sistem penyampaian PHEI di agensi penempatan masing-masing. Modul Luaran pula menekankan pembentukan disiplin bagi membina daya ketahanan diri, semangat berpasukan serta cintakan organisasi dan negara yang akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Biro Tatanegara. Dengan kata lain, DPI dicadang sebagai ganti kepada Kursus Induksi serta peperiksaan-peperiksaan yang berkaitan dengan keperluan pengesahan jawatan. Semua PHEI lantikan baru JAKIM adalah wajib (mandatori) mengikuti kursus ini selama enam bulan sepenuh masa dan wajib lulus dalam tempoh percubaan selama tiga tahun. Adalah diharapkan melalui DPI ini semua PHEI akan menjadi penjawat awam yang profesional dan dipandang tinggi setanding dengan penjawat awam dari skim-skim lain.

From this chain of causality, spains history essentially pro-essay-writer.com created my existence

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top