Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Persidangan Cio 2012 Dan Hari Terbuka Transformasi Perkhidmatan Online & Infrastruktur Ict Sektor Awam

27 September 2012, Putrajaya – Persidangan CIO 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Turut hadir ke seminar tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR selaku CIO Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Persidangan CIO 2012 merupakan acara kemuncak tahunan MAMPU. Persidangan kali ini bertemakan “Nexus of Forces: Convergence of Cloud, Mobility, Social Media and Big Data” telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Penganjuran Persidangan CIO 2012 ini diadakan bersekali dengan Hari Terbuka Transformasi Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam juga turut dihadiri oleh beberapa pegawai ICT JAWHAR iaitu Puan Aliza binti Ahmad, Encik Mohd Radzi bin Mohammed Ismail, Encik Muhamad Ridzuan bin Sabli dan Cik Muzazila binti Mustari. Rasional pendekatan sebegini adalah untuk menyediakan platform untuk komuniti ICT dan juga bukan ICT untuk bertukar idea, berkongsi ilmu serta amalan terbaik global teknologi ICT berasaskan tema persidangan di samping menyediakan wadah untuk inisiatif pelaksanaan ICT Sektor Awam.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari terbuka ini yang turut mengetengahkan beberapa perkhidmatan baru yang telah dilaksanakan oleh MAMPU sendiri yang memfokuskan perkhidmatan seperti Government Online Services, Government Cloud Computing, Government Data Centre, Government Unified Communication, MyMesyuarat, Digital Document Management System dan Service Intelligence. Ternyata program seperti ini dapat mendedahkan banyak pengetahuan kepada pihak JAWHAR khususnya CIO dan pegawai ICT JAWHAR berkaitan perkembangan teknologi ICT semasa serta perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu masyarakat melalui transformasi perkhidmatan kerajaan yang disediakan.

JAWHAR selaku agensi perintis bagi Pelaksanaan Projek NKEA Business Services EPP2-1 Government Shared Services merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak MAMPU di atas penganjuran program yang sangat baik ini.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top