Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Perhimpunan Bersama Ketua Pengarah JAWHAR

Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan Oktober 2012 telah diadakan di Dataran JAWHAR pada 23 Oktober 2012 jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Muhamad Ridzuan bin Sabli dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Satu Malaysia dan Asmaul Husna dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Radzi bin Mohammed Ismail. Majlis diteruskan dengan sesi hebahan maklumat dengan memperkenalkan warga baru Jabatan iaitu Encik Zairi bin Zaini (Jurutera Bahagian Wakaf) serta Warga JAWHAR yang bertukar iaitu Cik Saradila binti Sairan, Cik NoorQuyyum Binti Mohd Noor, Puan Norilawati binti Ismail dan Cik Wan Nurizzati binti Wan Azahari diikuti dengan tayangan montaj antaramuka Laman Web Baharu JAWHAR.

Anugerah Miftahul Ilmi pula diraih oleh  Puan Aliza binti Ahmad dari Bahagian Teknologi Maklumat manakala Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR bagi bulan Oktober  2012 diraih oleh Cik Wan Nur Izzati binti Wan Azahari dari Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan.

Majlis juga turut menjemput wakil daripada Rumah Anak Yatim / Miskin iaitu Encik Mohd Shukri bin Md Latar bagi menerima sumbangan ikhlas daripada JAWHAR. Majlis juga diserikan lagi dengan penyampaian hadiah sempena  perkahwinan Puan Hawariah binti Anuar serta penyampaian kad hari lahir kepada warga JAWHAR yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober 2012. Mereka yang menyambut ulangtahun tersebut ialah  Encik Nordin Bin Abu Bakar, Puan Noraida binti Alias, Encik Ahmad Azhan bin Mohd Noh @ Mohamed Nor dan Puan Norlina Safidah binti Mohammed Shafri. Selain itu, penyampaian hadiah untuk pertandingan dalaman anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR dan penyampaian sijil kursus bagi Makmal Audit Dalam MS 1900:2005 turut dilaksanakan.

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR juga menyampaikan amanat beliau yang antaranya ialah mengharapkan  setiap warga JAWHAR bekerja dengan penuh disiplin dan menghasilkan kerja yang benar- benar berkualiti, Saling hormat-menghormati di antara satu sama lain serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan bersatupadu tidak kira pangkat atau kedudukan. Bersempena denga musim menunaikan Haji, YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR juga menegaskan supaya setiap ibadah haji yang dilakukan menjadi iktibar dan panduan kepada seluruh warga JAWHAR dimana semangat Haji itu dapat dipraktikkan dalam budaya kerja harian JAWHAR.

Majlis turut diisi dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Sukki bin Othman dari Universiti Putra Malaysia yang bertajuk “Ibadah Korban”. Majlis tersebut telah berakhir pada jam 5.00 petang dengan acara memotong kek oleh kakitangan yang diraikan serta diakhiri dengan jamuan ringan.

My tennis shoes are indeed there, frozen following solid

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top