Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PERBINCANGAN MENGENAI CADANGAN MENGADAKAN JALINAN KERJASAMA PINTAR (MoU) JAWHAR-IPB

 

DSC_0571

Tanggal 9 Februari 2015, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan perbincangan dengan Institut Profesional Baitulmal (IPB) dalam usaha mengadakan Jalinan Kerjasama Pintar (MoU)  di antara kedua-dua pihak bagi memantapkan pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji/umrah. MoUyang dijangka akan disempurnakan pada bulan Mac akan datang sempena pelancaran pengajian baru IPB iaitu Diploma Pengurusan Zakat danWakaf serta Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

 

Seramai 7 (tujuh) orang wakil IPB yang diketuai oleh YBhg.Dr. Syed Omar Syed Agil selaku Ketua Pegawai Eksekutif IPB hadir dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Anan Bin C Mohd, KetuaPengarah JAWHAR bersama pegawai- pegawai yang terlibat seramai 11 orang.

 

Diharapkan dengan termeterainya MoU ini,ia akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak ke arah saling kukuh mengukuh di antara satu sama lain.Pertemuan ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar di antara kedua-dua belah pihak.

{gallery}20150211{/gallery}

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top