Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PERBINCANGAN KAJIAN PENUBUHAN BANK WAKAF DAN KAJIAN MEMPERKASA TANAH REZAB MELAYU MELALUI WAKAF

Susulan daripada Resolusi Seminar Waqaf Antarabangsa 2014  dan Bengkel Pemerkasaan Tanah Wakaf 2015,  satu perbincangan telah diadakan pada 8 Ogos 2016, 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Gerakan JAWHAR, Putrajaya bagi membincangan dua resolusi  iaitu Kajian Cadangan Penubuhan Bank Wakaf dan Kajian Memperkasa Tanah Rezab Melayu Melalui Wakaf.

   IMG_7618

Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR dan telah dihadiri oleh beberapa wakil Jabatan/Agensi Kerajaan seperti  Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Putrajaya, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bank Negara (Isra), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Prof Dr. Muhammad Tahir Sabit dan Pegawai JAWHAR.

IMG_7646

Di akhir perbincangan tersebut  telah bersetuju untuk mengujudkan 2 Jawatankuasa bertindak bagi menkaji cadangan resolusi tersebut iaitu Jawatankuasa Kajian Penubuhan Bank Wakaf dan Jawatankuasa Kajian Memperkasa Tanah Rezab Melayu Melalui Wakaf yang akan diketuai oleh  mereka yang mahir dan berkepakaran. JAWHAR dipilih menjadi urusetia bagi kedua-dua Jawatankuasa  tersebut.

IMG_7623

IMG_7621

IMG_7657

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top