PERBINCANGAN FOCUS GROUP KALI KE 3 – PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN MODEL SUKUK
Perbincangan mengenai penyediaan kertas kerja dan model sukuk bagi tujuan pembangunan hartanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri telah diadakan 26 September 2016 masa 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Gerakan JAWHAR.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR bersama dengan wakil daripada Bank Islam dan Universiti Malaya. Semua pandangan dan cadangan bagi memantapkan penyediaan kertas kerja dan model sukuk telah diberi perhatian oleh ahli focus group wakaf.
Perbentangan kertas kerja sukuk wakaf dijangka akan dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Wakaf 2016 pada 24-26 Oktober 2016 di Klana Beach Resort (JAWHAR-MAINS) Port Dickson Negeri Sembilan.