Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PENYERTAAN MALAYSIA DI DALAM SEMINAR PERUNDANGAN WAKAF DI JEDDAH, ARAB SAUDI

Pada 18 dan 19 Disember 2012, Malaysia yang diwakili oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menyertai Seminar Perundangan Wakaf bertempat di Islamic Research and Training Institute (IRTI) Jeddah, Arab Saudi. Delegasi Malaysia telah diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, KetuaPengarah JAWHAR bersama Encik Ahmad Azhan bin Mohd Noh selaku pegawai pengiring.

Seminar turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Negara Kuwait, Turki, Oman, Yaman, Qatar, Sudan selain daripada Arab Saudi selaku tuan rumah. Seminar yang berlangsung selama dua hari telah membincangkan draf perundangan wakaf yang disediakan oleh pihak urussetia sebagai satu inisiatif pihak IRTI untuk mewujudkan suatu model perundangan wakaf yang boleh diterima pakai oleh seluruh dunia Islam.

Menyedari tentang kepelbagaian pendapat dan mazhab dalam Islam, pihak IRTI dalam penyediaan draf undang-undang wakaf tersebut telah berusaha untuk mencari titik persamaan dengan mengenepikan perbezaan terutamanya berhubung perkara yang membabitkan soal hukum.Draf yang disediakan telah menerima pelbagai input serta maklumbalas daripada negara-negara peserta. Dalam hal ini, matlamat untuk menyeragamkan undang-undang wakaf di kalangan negara Islam merupakan suatu usaha positif yang seharusnya disokong oleh pelbagai pihak. Pada masa yang sama, antara perkara yang dibangkitkan dalam seminar berkenaan adalah gesaan terhadap semua negara Islam supaya mewujudkan organisasi khusus atas nama Kementerian atau jabatan yang berfungsi sebagai badan yang bertangunggunjawab untuk menguruskan hal-ehwal wakaf di Negara masing-masing. Dalam konteks Malaysia, langkah Kerajaan menubuhkan JAWHAR adalah merupakan suatu keputusan di landasan yang betul dalam memperkasakan institusi wakaf di Negara ini.

YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR turut menyuarakan pandangan bahawa dalam konteks kerangka perundangan wakaf di Malaysia, JAWHAR telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Manual Pengurusan Perundangan Wakaf yang telah dipanjangkan kepada semua Majlis Agama Islam Negeri sebagai pemegang amanah tunggal hartanah wakaf di Malaysia. Selain daripada meningkatkan kecekapan pengurusan wakaf, JAWHAR berpandangan dengan wujudnya perundangan wakaf yang seragam di seluruh negara, ia akan dapat merealisasikan hasrat untuk memperkasakan institusi wakaf seterusnya menjadikan wakaf sebagai salah satu daripada instrument penting bagi pengukuhan ekonomi umat Islam.

Penyertaan JAWHAR dalam seminar berkenaan telah membuktikan komitmen Kerajaan Malaysia untuk memartabatkan institusi wakaf di Malaysia selain sebagai satu usaha untuk mewujudkan jaringan kerjasama di kalangan negara-negara Islam khususnya dalam perkara berkaitan wakaf.

Di akhir seminar YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR telah merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak penganjur menjemput Malaysia bagi menghadiri seminar yang diadakan. Sesungguhnya penyertaan Malaysia dalam seminar tersebut diharap dapat menyumbang kepada pengukuhan institusi wakaf khususnya dan umat Islam secara keseluruhannya.

Soon, we anyone can find out more can see the water of the sheepscot river, stained with thin

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top