Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pensijilan Persekitaran Berkualiti JAWHAR 2009

Pukul 11.00 pagi, 16 Jamadil Akhir 1430 H bersamaan 10 Jun 2009 merupakan detik permulaan proses pengauditan semula bagi pensijilan Amalan 5S Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Proses pengauditan telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan aluan Y. Brs. En. Abd. Ghafar bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta ucapan balas oleh Encik Muhammad bin Omar. Tayangan video korporat JAWHAR telah dipertontonkan kepada pihak MPC bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang visi, misi, objektif serta fungsi utama Jabatan ini. Taklimat mengenai Pelaksanaan Amalan 5S telah disampaikan oleh Penyelaras Amalan 5S JAWHAR dan disusuli dengan pengauditan dokumen termasuk fail-fail Jawatankuasa Audit Dalam, Jawatankuasa Promosi Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Induk Amalan 5S.

Aktiviti kemuncak pengauditan iaitu lawatan tapak telah diadakan oleh pihak MPC yang diiringi oleh Penyelaras 5S, Ketua-Ketua Jawatankuasa serta Ketua-ketua zon. Di sebelah petangnya pula, pihak MPC telah mengadakan pembentangan penemuan auditan yang telah dilaksanakan. Pelbagai syor telah dikemukakan untuk tujuan penambahbaikan persekitaran berkualiti Jabatan.

Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh warga JAWHAR atas kejayaan meraih Pensijilan Amalan 5S pada 10 Jun 2009, Persekitaran Berkualiti JAWHAR yang telah dianugerahkan oleh MPC. Syabas dan terima kasih diucapkan di atas usaha-usaha giat yang dijalankan oleh Jawatankuasa Latihan, Promosi dan Audit serta Zon Zamrud, Mutiara, Nilam dan Delima. Terima kasih di atas segala kerjasama, komitmen dan kesungguhan seluruh warga JAWHAR dalam menjayakan Pensijilan Amalan 5S ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. jua

Tarikh : 10/6/2009
Sumber : BKPSM
Editor :Nikhat binti Niaz Ahmad

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top