Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Penipuan Pakej Umrah Dan Badal Haji

Unit Haji dan Unit Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 3/2015 pada 21 Mei 2015 bertempat di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya yang bertemakan “Penipuan Pakej Umrah Dan Badal Haji”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan telah disertai oleh lebih 522 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya dan juga pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBhg. Dato’ Haji Md. Daud Bin Che Ngah, Mantan Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji dan YBrs. Encik Mohd Faizal Bin Ab. Hamid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR).

Tema kali ini membincangkan topik Penipuan Pakej Umrah Dan Badal Haji yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam agar tidak terpedaya dengan penipuan pakej umrah yang semakin meruncing sekarang ini. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang menangani dan membasmi penyelewengan syarikat yang menguruskan pakej umrah dan badal haji.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Timbalan Ketua Pengarah kepada penceramah jemputan.


Origins lie within the history and culture of writemypaper4me.org spain.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top