Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pengenalan Konsep Perbankan Islam

Oleh :

Abdul Hafiz bin Alis
Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Jabatan Perdana Menteri


Sistem kewangan Islam sedang giat berkembang dalam pelaksanaan dan pengamalannya di negara kita. Sistem kewangan Islam di Malaysia merangkumi perbankan Islam, pasaran wang antara bank secara Islam, insurans Islam atau takaful, pasaran modal Islam serta institusi kewangan khusus yang menyediakan sumber pembiayaan alternatif.

Di kesempatan ini, sini, sayaakan membicarakan mengenai sistem perbankan Islam yang semakin berkembang dari semasa ke semasa. Sistem tersebut pada masa ini semakin mendapat perhatian dari semua pihak.Ianya semakin bertambah pesat dengan kewujudan akta dan undang-undang yang berkaitan dengan perbankan Islam.Dunia secara umumnya telah mengenali sistem ini dan bersedia untuk diaplikasikan oleh institusi perbankan masing-masing untuk ditawarkan kepada masyarakat.

Malaysia merupakan sebuah negara yang paling cepat perkembangannya dalam industri Kewangan Islam umumnya dan khususnya dalam perbankan Islam. Sistem perbankan Islam yang ada di Malaysia telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan menjadi contoh di mata dunia, malahan juga menjadi rujukan negara-negara lain bagi melaksanakan sistem perbankan Islam di negara masing-masing. Perbankan Islam yang ada ini telah memberikan pengguna pelbagai pilihan dalam memilih instrumen ataupun produk-produk yang ditawarkan.Umat Islam kini juga mempunyai pilihan untuk memilih sistem perbankan yang selama ini berpaksikan amalan riba’ kepada satu sistem yang berteraskan Syariat Islam.

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskanundang-undang Islam (Syariah),iaitufiqhmuamalat (peraturan) Islam dalamtransaksi.Kesemuaperaturandanamalan di dalamfiqhmuamalatberasaldari Al Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Setiap bank yang menggunakan sistem perbankan Islam perlulah mematuhi Prinsip Syariah (Syariah Compliant).Semua bank Islam dan bank-bank Skim Perkhidmatan Syariah (SPI) iaitu bank-bank yang menawarkan khidmat perbankan Islam perlu menubuhkan satu jawatankuasa Syariah (ShariahCommitee) bagi membimbing dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Setiap perkhidmatan berteraskan Islam yang hendak ditawarkan perlulah mendapat khidmat nasihat daripada jawatankuasa Syariah masing-masing. Selain daripada itu, setiap bank Islam dan bank-bank skim perbankan Islam (SPI) boleh mendapatkan nasihat majlis penasihat Syariah (Shariah Advisory Counsil) iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di bank negara, ianya bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan. Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan majlis penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam perbankan dan kewangan Islam.

Beberapa konsep asas muamalat syariah yang digunakandalamperbankan Islam iaitu melalui konsep Wadi’ah (Simpanan), Mudarabah (Perkongsian Keuntungan), Bai Bithaman Ajil-BBA (Penjualan Dengan Harga Tertangguh), Murabahah (Kos Tambahan), Musyarakah (Usaha sama), Ijarah Thumma Bai’ (Sewa Beli), Wakalah (Wakil), Qard (Kontrak Hutang), dan Hibah (Hadiah)

  • Wadi’ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. melalui kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.
  • Mudarabah (Perkongsian keuntungan) ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antaradua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.
  • Bai’ BithamanAjil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.
  • Murabahah (Kos tambah)Sepertimana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual danpembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, penjual perlu memaklumkan kepada pembelikos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.
  • Musyarakah (Usaha sama) dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usahasama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsioleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnyadengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
  • Ijarah ThummaBai’ (Sewa beli) lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: Kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan Kontrak Bai’ (jual beli).
  • Wakalah (Agensi) merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagibertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya.
  • Qard (Kontrak hutang) di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.
  • Hibah (Ganjaran) merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yangditerima.

Demikianlah di antara konsep asas muamalat dalam perbankan Islam yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam.Keseluruhan konsep ini telah ditambah baik dalam memenuhi keperluan masyarakat. Melalui konsep-konsep ini dapatlah kita memahami secara tidak langsung mengenai sistem perbankan Islam.Oleh itu, sama-samalah kita menunjukkan rasa cakna kita terhadap sistem ini.Tukarkan perbankan konvensional anda kepada perbankan Islam yang memenuhi prinsip-prinsip pematuhan Syariah.

Rujukan
www.bankinginfo.com.my

Based on my perceptions, my take a look at this website picture represents to me the complex

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.13 Asar 16.32 Maghrib 19.20 Isyak 20.32
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 5 Mei, 2016 @ 3:29 PM
Anda Pelawat ke:
countercountercountercountercountercountercounter
Top