Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pembentangan Kertas Kerja Oleh IRDC, UiTM

Pada 24 Ogos 2007 bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, satu sesi laporan hasil kajian bertajuk Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensi Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam Di Malaysia yang telah diadakan oleh Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesi tersebut telah dipengerusi oleh En. Ab. Halim bin Abdullah, Pengarah Haji dan hasil kajian tersebut telah dibentangkan oleh Dr. Hj. Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff pensyarah UiTM Kampus Segamat Johor selaku ketua penyelidik.

Kajian ini telah membincangkan dua aspek penting iaitu pengurusan harta wakaf di Malaysia dan potensi harta wakaf ke arah kemajuan pendidikan umat Islam. Kajian ini telah dibahagikan kepada enam bab yang membincangkan mengenai metodologi kajian, pengurusan, pembangunan, peranan, sumbangan, permasalahan dan potensi harta wakaf dalam bidang pendidikan Islam di Malaysia.

Sesi pembentangan dan perbincangan telah berjalan dengan amat menarik dan sesi telah berakhir dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda ingatan.

Tarikh : 24/9/2007
Sumber : P&P
Editor :Hasan Hafizi bin Hanapi

Her to serve the community and the other allowed utile link her to form a bond.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top