Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pembangunan Wakaf secara Inklusif di Teluk Likas Kota Kinabalu diteliti

16 Januari 2014. Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) YBhg. Datuk Haji Amri bin Suratman dan Pengarah JAKIM Cawangan Sabah Us. Halim bin Ahmad jam 2.00 petang ini. Kunjungan muhibbah ini telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah JAWHAR YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd bersama Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR Tuan Haji Mu’az bin Hj. Zawawi dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Wakaf JAWHAR.

DSC 0474

Disamping pertemuan ini dapat memperkukuhkan hubungan siratulrahim antara agensi/jabatan agama Islam Sabah dan Semenanjung, ia juga membincang dan menyentuh beberapa isu berkaitan dengan perkembangan wakaf di Negeri Sabah. Menurut Datuk Amri, terdapat tanah wakaf yang strategik di Sabah iaitu di Teluk Likas, Kota Kinabalu yang amat sesuai dibangunkan untuk perkembangan wakaf dan syiar Islam. Pembangunan ini sekiranya dilaksanakan akan dapat memperkukuhkan kefahaman umat Islam di negeri bawah bayu itu dan meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat dan ummah. Pandangan tersebut telah disambut baik oleh Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dengan menzahirkan komitmennya untuk membawa cadangan tersebut bagi perhatian lanjut Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dalam RMKe-11 nanti.

DSC 0463

Disediakan;
Bahagian Wakaf, JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 14 September, 2021 @ 5:31 PM
Top