Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Pelbagaikan Sumber Urus Tanah Wakaf

Sumber Berita : Berita Harian 25 Oktober 2012 (Khamis)

 

Sumber kewangan terhad antara kekangan utama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk melaksanakan projek pembangunan tanah wakaf di seluruh Negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Anan C. Mohd, berkata kedua-dua agensi perlu kreatif mempelbagaikan sumber dana termasuk menawarkan tanah untuk dimajukan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan korperat .

 

Elak Kebergantungan

 

Beliau berkata, sebagai penyelaras pembangunan tanah wakaf yang berada dibawah bidang kuasa MAIN, JAWHAR tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan dana diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM136.5 juta untuk membantu MAIN membangunkan tanah wakaf dalam RMKe-10.

“Sebanyak RM72.7 juta untuk Rolling Plan (pelan pelaksanaan) pertama 2011, manakala bagi 2012 berjumlah RM36.6 juta, dan tahun depan RM27.2 juta,” katanya semalam.

Anan berkata, daripada peruntukan sebanyak RM256.4 juta di bawah RMKe-9, JAWHAR hanya berupaya membangunkan 16 projek termasuk projek komersial merangkumi 0.16 peratus daripada keseluruhan jumlah tanah wakaf di seluruh negara.

Manakala, pembangunan tanah wakaf oleh MAIN dilakukan mengikut kemampuan kewangan majlis berkenaan.

“JAWHAR menghargai komitmen GLC seperti UDA Holding Bhd (UDA) untuk bersama membantu MAIN membangunkan tanah wakaf.

 

Pelbagaikan sumber dana

 

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, kita kena pelbagaikan sumber dana. Pembabitan GLC, syarikat korperat dan kontraktor yang mempunyai sumber dana yang kukuh berupaya untuk menjayakan projek pembangunan tanah wakaf,” katanya.

Kelmarin, UDA menawarkan untuk menjadi rakan kongsi memajukan tanah wakaf berpotensi terutama kawasan Bandar di seluruh Negara bagi mambantu meningkatkan ekonomi umat Islam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya sedia bekerjasana dengan MAIN serta JAWHAR untuk membangunkan tanah wakaf sebagai projek kediaman dan komersial.

 

Perlu kelulusan MAIN

 

Mengulas lanjut, Anan berkata, semua projek pembangunan tanah wakaf perlu mendapat persetujuan MAIN dan JAWHAR hanya bertindak sebagai penyelaras mempertemukan antara MAIN dan syarikat yang berhasrat memajukan tanah wakaf.

Beliau berkata, dengan kerjasama antara JAWHAR dan MAIN, sebahagian daripada 11,019.82 hektar tanah wakaf iaitu 4,836.5 hektar tanah wakaf am dan 6,255.55 hektar tanah wakaf khas sudah dibangunkan.

 

Sumber Berita : Berita Harian 25 Oktober 2012 (Khamis)

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 10 Disember, 2019 @ 1:43 PM
Top