Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Amalan 5S JAWHAR

Polisi Amalan Persekitaran 5S JAWHAR

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) komited untuk meningkatkan prestasi kerja bagi menjadikan JAWHAR sebuah organisasi bertaraf lima (5) bintang dengan mengamalkan budaya yang berkualiti dan kondusif.

Objektif 5S

  1. Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan kakitangan
  2. Meningkatkan kerjasama antara kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian
  3. Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah di kalangan kakitangan
  4. Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap kakitangan
  5. Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi)

5S

Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

5S Keterangan
Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.
Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu) Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa Amal (Shitsuke) Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
Selamat (Safety) Merujuk kepada keselamatan para pekerja yang bekerja di dalam organisasi daripada sebarang kemalangan pekerjaan di mana persekitaran kerja yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja dengan betul dan meningkatkan produktiviti.
Sekuriti (Security) Memastilkan peralatan dan kelengkapan ICT dijaga dan dikawal dengan baik dan tidak mudah diakses oleh orang luar serta mengelak daripada ancaman siber dan kehilangan dokumen-dokumen yang penting.
Selesa Para pekerja akan berasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar supaya gerak kerja menjadi lebih lancar dan dapat membudayakan amalan 5S di tempat kerja.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.49 Subuh 05.59 Syuruk 07.14 Zohor 13.21 Asar 16.23 Maghrib 19.24 Isyak 20.33
Arab Saudi
Malaysia
'
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D,
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak,
Kompleks Islam Putrajaya,
Presint 3, 62100 Putrajaya.
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 Mac, 2017 @ 10:55 AM
Anda Pelawat ke:
countercountercountercountercountercountercounter
Top