Pelancaran Sijil Wakaf Bangunan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia ke-12
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2020| YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia Siri 31 Bil.2/2020 di Dewan Syura Perdana, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI. YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia mempengerusikan mesyuarat dan melancarkan Sijil Wakaf Bangunan sempena ulang tahun penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia ke-12.