Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bengkel Pelan Strategik ICT JAWHAR

Pada 27 Mac 2013 hingga 29 Mac 2013, Bahagian Teknologi Maklumat JAWHAR telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik ICT JAWHAR siri 1/2013 dengan kerjasama Perunding Pengurusan Strategik ICT, MAMPU. Ianya dilaksanakan bagi tujuan membangunkan Pelan Strategik ICT bagi tempoh 2013 – 2016. Bengkel PSICT JAWHAR siri 1/2013 ini telah dijalankan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson,  Negeri  Sembilan dan dihadiri seramai 31  orang peserta terdiri daripada Pengarah, Penolong Pengarah setiap bahagian.

Bengkel PSICT siri 1/2013 telah dimulakan dengan perasmian oleh Ketua Pengarah JAWHAR, iaitu YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd. Dalam ucapannya, beliau berharap semoga segala perancangan yang dibuat dalam pembangunan Pelan Strategik ICT JAWHAR berjalan mengikut jadual yang dirancang supaya hasilnya nanti dapat diterbitkan dalam tahun ini juga. Beliau juga mengharapkan semua ahli pasukan projek yang dilantik dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu kerana peranan semua pihak adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan penghasilan Pelan Strategik ICT JAWHAR 2013-2016 ini.

Seterusnya sesi pembentangan analisis telah dibentangkan oleh ketua dan wakil setiap kumpulan bagi pasukan Aplikasi, Infrastruktur dan Pembudayaan. Setiap pembentangan diakhiri dengan  komen penambahbaikan daripada Perunding MAMPU,   Dato’ Dr. Zahari bin Othman  .

Pada hari kedua, agenda diteruskan dengan sesi pembentangan Analisis persekitaran Semasa oleh Dato’ Dr. Zahari bin Othman. Objektifnya adalah untuk Mengenal pasti isu, cabaran dan peluang, Membangunkan Visi dan Misi ICT serta Mengenal pasti keperluan Masa Hadapan. Selepas pembentangan, para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan 1 (zakat dan haji), kumpulan 2 (wakaf dan mal) dan kumpulan 3 (pengurusan dan penyelidikan & Penyelarasan) untuk membincangkan mengenai visi dan misi ICT serta Penilaian ICT  masa hadapan.

Pada hari terakhir bengkel tersebut, Dato’ Dr. Zahari bin Othman telah membentangkan rumusan dan way forward  bengkel. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Encik Mohd Bakri kepada Perunding MAMPU iaitu Dato’ Dr. Zahari bin Othman dan Puan Suhaiza binti Sudirman.

Gambar-gambar semasa bengkel

{gallery}01042013{/gallery}

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top