PELAKSANAAN SISTEM GOESPATIAL TANAH WAKAF MALAYSIA (SGTWM)
4 Oktober 2016. Perbincangan mengenai kemajuan pelaksanaan Sistem Goespatial Tanah Wakaf Malaysia bersama Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri telah diadakan 4 Oktober 2016 masa 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Gerakan JAWHAR.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR bersama dengan pegawai-pegawai JAWHAR. Perbentangan status kemajuan pelaksanaan SGTWM telah dibentangkan oleh wakil MAIN yang hadir.
JAWHAR bersama MaCGDI mengambil maklum berkaitan perkara-perkara yang telah dibentangkan oleh MAIN bagi tujuan penambahbaikan sistem dari semasa ke semasa. Mesyuarat memutuskan perbincangan SGTWM akan diadakan secara berkala 2 kali setahun bagi tujuan pemantauan.