Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PELAKSANAAN KURSUS KOMUNIKASI PEJABAT UNTUK KUMPULAN SOKONGAN

Pada 02 Mei 2018 (Rabu), Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Kursus Komunikasi Pejabat Untuk Kumpulan Sokongan yang bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Kursus tersebut adalah terbuka kepada semua warga JAWHAR dari kalangan Kumpulan Pelaksana I dan II yang melibatkan kehadiran peserta seramai 34 orang.

 

 

 

 

 

 

 

Kursus tersebut diadakan dengan tujuan untuk memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan, memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan professional, mengamalkan etiket pejabat dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pekerja dan juga rakan, mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif serta memahami gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta teknik berkomunikasi dengan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Jamilah binti Taib daripada Topfive Training & Coaching @ Anak Muda Production Sdn Bhd. Antara kaedah latihan yang dilaksanakan ialah syarahan, konsep temubual, tayangan video, kuiz (yang dilaksanakan secara individu dan kumpulan) dan penyelesaian masalah berdasarkan tajuk di dalam modul kursus.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top