Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PELAKSANAAN BENGKEL PENYEDIAAN MYPORTFOLIO

Putrajaya, 14 November 2018 – Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.4 Tahun 2018 – Panduan Kerja Sektor Awam, myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Berdasarkan maklumat dalam Deskripsi Tugas, myPortfolio secara prinsipnya berupaya bertindak sebagai radas dalam bidang pengurusan sumber manusia sektor awam seperti pelan penggantian (succession planning), pementoran (mentoring), bimbingan khusus (coaching), dan latihan (training). Ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti mentor dan mentee melalui kandungan Deskripsi Tugas dengan tujuan bagi memindahkan pengetahuan kerja, tacit knowledge dan sokongan kepada perkembangan kerjaya mentee. Dalam aspek coaching pula, kandungan Deskripsi Tugas dalam myPortfolio boleh dirujuk sebelum seseorang coachee itu diletakkan di bawah seliaan coach dalam rantaian tugas yang sama bagi tujuan peningkatan kemahiran dan kompentensi kerja.

myPortfolio juga boleh diguna pakai dalam sesi kaunseling dengan seseorang kaunselor itu merujuk kepada maklumat berkaitan kriteria individu dan pengalaman yang terdapat dalam myPortfolio, berpadanan dengan personaliti seseorang kliennya. Dalam aspek latihan pula, maklumat kompentensi dan pengalaman yang dinyatakan dalam Deskripsi Tugas boleh dijadikan panduan untuk melatih seseorang pegawai yang menyandang sesuatu jawatan dalam bidang dan pada tahap kompentensi yang diperlukan. Selain dari menggunakan kaedah penilaian dan pengukuran prestasi pegawai dalam pekeliling sedia ada, maklumat Dimensi dalam Deskripsi Tugas juga boleh dijadikan rujukan semasa menetapkan piawaian pengukuran dan penilaian prestasi seseorang pegawai.

Berlanjutan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Bengkel Penyediaan myPortfolio yang bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Kursus tersebut adalah terbuka kepada semua warga JAWHAR yang melibatkan kehadiran peserta seramai 27 orang.

Di antara objektif utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi pemahaman yang terperinci kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menyediakan myPortfolio yang tepat dan mengikut format yang betul. Melalui bengkel tersebut juga, ia dapat memberi peluang kepada para peserta untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai masalah-masalah berkaitan dengan penyediaan myPortfolio. Di samping itu, menerusi bengkel ini para peserta dapat menyediakan myPortfolio mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Bengkel tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Mohd Azani bin Jabar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perundingan Pengurusan (2), Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Ogos, 2019 @ 9:29 AM
Top