Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MUZAKARAH WAKAF ANTARABANGSA 2019

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dengan kerjasama Universiti  Sains Islam dan Majlis Agama Islam Johor telah mengadakan satu Muzakarah Wakaf Antarabangsa 2019 pada 29 -30 Julai 2019 bertempat di Hotel Fraser Place Puteri Harbour, Johor.

Pelbagai isu berkaitan pengurusan wakaf sentiasa timbul dan memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah dan harmoni bagi memastikan keputusan serta pelaksanaan yang dilakukan menepati kehendak syarak. Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi Wakaf harus sentiasa proaktif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengurusan wakaf dan seterusnya meningkatkan kesedaran berwakaf yang secara langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Seminar ini dianjurkan bagi mencapai matlamat-matlamat berikut :

  1. Memperkukuhkan peranan Institusi Wakaf ke arah pembangunan ekonomi ummah dan manjadikan wakaf sebagai pelengkap kepada pembangunan ekonomi Negara.
  2. Mengupas isu dan inovasi baharu yang berkaitan dengan pengurusan wakaf mengikut syarak dan perundangan.
  3. Memupuk kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang potensi wakaf sebagai instrumen pemaju ekonomi dalam pembangunan sosio ekonomi ummah.
  4. Mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik dalam memperkasakan institusi wakaf dalam aspek pengurusan melalui pendekatan syarak dan perundangan.

Penganjuran muzakarah kali ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan wakaf di Malaysia khususnya dan peringkat antarabangsa amnya.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 November, 2019 @ 9:13 AM
Top