Musaadah COVID-19
Sandakan, 20 September 2020| YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR, telah menghadiri Program Musaadah Covid19 kolaborasi JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah – MUIS di Anjung Pendidikan Asnaf Sandakan. Majlis penyampaian sumbangan RM5,000.00 dan barang keperluan asas kepada ANPA Sandakan dan 100 orang mualaf disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.