Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MUNAQASYAH ILMU BPKA JAWHAR BERSAMA SAUDARA BARU KOMPLEKS AL-SAADAH NEGERI SEMBILAN

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Kompleks Al-Saadah Negeri Sembilan telah menganjurkan Munaqasyah Ilmu pada 17 Jun 2017 (Sabtu) bertempat di Kompleks Al-Saadah Rahang, Negeri Sembilan yang bertemakan “Maqasid Syariah Dalam Konteks Haji dan Umrah”

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Faizal bin Ab Hamid, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa JAWHAR dan telah disertai oleh lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada Saudara Baru sekitar Negeri Sembilan.

Munaqasyah Ilmu pada kali ini diadakan dalam bentuk Taklimat Penipuan Pakej Umrah dan bimbingan Haji dan Umrah oleh YBrs. Encik Mohd Faizal bin Ab Hamid, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa JAWHAR bersama Saudara Baru dan Pelajar Tahfiz Kompleks Al-Saadah.

Program ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam dengan Majlis Iftar dan Solat Sunat Terawih bersama Saudara Baru Kompleks Al-Saadah Negeri Sembilan.



Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top