Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Munaqashah Ilmu Baitulmal : Hibah dan Wasiat


Putrajaya, 29 September 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya menganjurkan program “Munaqashah Ilmu Baitulmal : Hibah dan Wasiat” bagi tahun 2017 bertempat di Bilik Seminar Aras 8, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. Program ini yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman Ketua Pengarah JAWHAR. Peserta program disasarkan dari kalangan kakitangan JAWHAR dan kakitangan agensi Agama yang bertugas di Blok D Kompleks Islam Putrajaya antaranya yang hadir ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, TH Properties, Yayasan Wakaf Malaysia dan Bahagian Hab Halal JAKIM.

Ketua Pengarah JAWHAR dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan menuntut ilmu mengenai harta di dalam Islam yang antaranya termasuk hibah dan wasiat. Manakala ilmu faraid merupakan ilmu utama untuk menyelesaikan permasalahan harta pusaka setelah hibah dan wasiat dilaksanakan.

Penceramah jemputan JAWHAR ialah YBrs. Dr. Mohd Zamro bin Muda daripada Fakulti Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ustaz Muhammad Salleh bin Abdul Saha daripada Majlis Agama Islam Selangor. Dr. Mohd Zamro telah membentangkan tajuk Pelaksanaan Hibah dalam Islam manakala pembentang kedua telah membientangkan tajuk e-Wasiat.

Semoga program ini dapat menambah kefahaman masyarakat dalam ilmu hibah dan wasiat serta meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk bertindak segera menyelesaikan hal-hal yang bersangkutan dengan harta-harta kerana ilmu ini merupakan suatu kemudahan yang dibenarkan dalam Islam selain meninggalkan harta pusaka untuk diagih-agihkan secara faraid.

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.20 Maghrib 18.58 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 November, 2017 @ 5:57 PM
Anda Pelawat ke: [wHitCounter]
Top