Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti Dari Perspektif Islam MS1900:2005

sirim

Putrajaya, 28 Februari 2013- SIRIM telah mengadakan satu sesi pengauditan bagi tujuan pensijilan semula Sistem Pengurusan Kualiti Dari Perspektif Islam MS1900:2005 dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO9001:2008 bertempat di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bermula dari 28 Februari –1 Mac 2013 (2 hari).

Mesyuarat pembukaan telah berlangsung pada jam 10.30pagi dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan b. C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. YBhg. Datuk telah mengalu-alukan kehadiran semua pegawai kanan JAWHAR dan pihak SIRIM. SIRIM yang diketuai oleh Cik Hajah Hanida bt. Ghazali telah membentangkan skop pensijilan yang akan diaudit bersama-sama tiga juru audit lain iaitu YM Tengku Aidil Alhaj Tengku Amiruddin, Encik Syazwan Ariff b. Mohamad Kashim dan Pn. Nor Hasifah bt. Abdul telah mengaudit skop pensijilan antara lain adalah Urusan Pembangunan Tanah Wakaf; Urusan Penyediaan Maklumat Harga Harian Pasaran Emas Penentuan Nilai Nisab Zakat; Urusan Penyelarasan dan Pengukuhan Institusi Mal; Urusan Penerbitan Manual Pengurusan dan sebagainya.

Seterusnya, Mesyuarat Penutup telah diadakan pada 1 Mac 2013 jam 4.45petang bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR dan dipengerusikan oleh Encik Abduk Hakim b. Abdul Rauf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan, JAWHAR. Hasil penemuan telah dibentangkan oleh ketua juru audit dan JAWHAR telah diberikan beberapa cadangan penambahbaikan dan cadangan penambahan serta pengguguran skop audit. JAWHAR juga telah disyorkan untuk pensijilan semula selama tiga tahun bagi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam MS1900:2005 dan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan MS ISO9001:2008.

Mesyuarat diakhiri pada jam 5.40petang dengan ucapan terima kasih kepada pihak SIRIM dan pegawai kanan JAWHAR atas komitmen jitu yang ditunjukkan semasa sesi audit berlangsung.

sirim

sirim

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top